Liberty Walk hasilkan kit badan agresif untuk BMW i8

oleh Mohamad Hanif|
Standard kilang, reka bentuk BMW i8 masih lagi mampu untuk membuatkan banyak kepala tertoleh melihatnya di atas jalan raya walaupun kereta sports plug-in hybrid itu sudah pun lama dihentikan produksi.

Untuk mereka yang berbajet terhad, tidak perlu risau kerana BMW i8 sudah tersedia 'cantik', namun ia mungkin tidak menepati citarasa bagi sesetengah pihak.

Oleh sebab itu, wujudnya syarikat-syarikat penala seperti Liberty Walk yang tampil dengan idea tersendiri dan mampu menjadikan rupa paras i8 jauh lebih garang.
 

i8


Liberty Walk telah memasangkan komponen seperti bampar depan baharu yang dilengkapi dengan splitter dan candard, diikuti dengan hud gentian karbon, fender flare yang lebar, tambahan skirt sisi, serta set rim Forgiato hitam yang dibaluti tayar Yokohama Advan.

Sementara bahagian belakang pula didatangkan dengan sayap belakang yang dipasangkan pada casis, serta diffuser serba baharu.

Penampilan kereta sports ini diserikan dengan layangan warna merah jambu terang.
 

i8


Tidak ketinggalan, sistem suspensi udara kustom yang membolehkan jarak lega bumi direndahkan mengikut citarasa pemilik dengan hanya menekan suis sahaja.

Tiada sebarang perubahan dibuat pada enjin asal, bermakna ia masih lagi mengekalkan nadi tiga silinder sebaris 1.5 liter yang dipadankan dengan motor elektrik, dengan kuasa keseluruhan 369 hp dan daya kilas 570 Nm.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kit ini ditawarkan dalam dua konfigurasi utama iaitu versi standard dan juga versi widebody,…
Berita Global
Inspirasi Budaya Jepun Pada Jentera Lumba Elektrik Menurut Liberty Walk, rekaan jentera ini…
Berita Global
Rekaan Overfender dan Wide Body Miura GT versi Liberty Walk hadir dengan kit overfender serta…