Liberty Walk bakal pamer Ferrari F40 dengan kit badan lebar di TAS 2023

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat penala Jepun yang terkenal dengan penghasilan kit badan lebar untuk supercar, Liberty Walk bakal mengejutkan dunia dengan projek baharu melibatkan sebuah model ikonik Ferrari F40.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Berdasarkan imej janaan komputer yang dibekalkan, Liberty Walk menjadikan Ferrari F40 tersebut lebih lebar sementara unit lampu pop-up yang asal telah dibuang dan digantikan dengan unit yang biasa dilihat pada jentera lumba F40 LM.
 

LWBK


Hud baharu juga telah direka lengkap dengan liang NACA tengah di atas lencana Ferrari, serta liang udara yang agak besar pada bahagian atas struktur tersebut.

Spoiler kekal di bahagian belakang telah direka supaya lebih besar, diikuti dengan diffuser yang ganas di bahagian bawah bampar.

Melengkapkan penampilan Ferrari F40 ini adalah rim aftermarket berwarna hitam dengan saiz yang tidak diberitahu.

Ferrari F40 serba lebar ini bakal dipamerkan pada acara Tokyo Auto Salon yang akan berlangsung pada bulan depan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun yang paling mencuri tumpuan pada ketika ini ialah hasil kerja yang diperlihatkan oleh Liberty…
Berita Global
Untuk mereka yang berbajet terhad, tidak perlu risau kerana BMW i8 sudah tersedia 'cantik', namun…
Berita Global
Kit badan yang boleh ditempah bermula tahun depan ini menawarkan penambahan pada bahagian bampar…