Li Shufu Geely tidak akan hadiri mesyuarat Daimler Mercedes

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pengerusi Zheijiang Geely Holding, Li Shufu yang juga pemegang saham persendirian terbesar Daimler dengan jumlah saham 9.69 peratus (US$8.6 billion) dikatakan tidak akan menghadiri mesyuarat tahunan syarikat kenderaan Jerman itu.

Mesyuarat tahunan untuk pemegang saham Daimler itu bakal diadakan esok di Berlin dan menurut sumber terdekat kepada Li, segala undian dari beliau akan dilakukan oleh wakil sah Li.

Kumpulan Daimler tidak mau memberi sebarang komen atas dasar keperibadian data.

Namun begitu ramai yang menjangkakan topik utama mesyuarat esok ialah untuk membincangkan apakah tujuan sebenar Li membeli saham-saham Daimler.

Sebelum itu, Li telah pun menerangkan pembelian saham Daimler itu adalah keputusan perniagaan dan tidak ada sebab politik atau pun kenegaraan.

 

 

 

Bulan lalu, Li memberitahu akhbar Jerman Bild am Sonntag bahawa fokus utama Li ialah untuk bekerjasama dengan Daimler dalam teknologi masa hadapan.

Beliau tidak berminat untuk masuk campur dalam hal-hal strategi korporat dan pemasaran Daimler.

"Kerusi di dalam badan penyeliaan Daimler bukanlah satu kepentingan dan kami tidak ada perancangan untuk menambahkan sahamnya," ujar Li kepada akhbar tersebut.

Li juga pernah memberitahu Bloomberg bahawa setiap pelaburan memerlukan perhubungan sinergi antara kedua pihak.

"Walau bagaimapanapun, saya tidak kata wajib ada kerjasama antara Geely/Volvo dan Mercedes-Benz," katanya kepada Bloomberg.

 

 

Perkembangan ini memang menarik Geely sudah lama meminta Daimler Mercedes-Benz agar bekerjasama dengannya untuk membina kenderaan EV.

Daimler pula berdiam diri dan terus melancarkan usahasama kenderaan EV di China bersama BAIC, pesaing domestik Geely.

Pembelian saham Daimler oleh Li juga menyebabkan AB Volvo, pembuat trak Sweden marah dan melucutkan Li Shufu dari mesyuarat pemegang sahamnya.

Ini ialah kerana Geely ialah pemegang saham kedua terbesar AB Volvo, sebanyak 8.2 peratus dan Daimler ialah pembuat trak Mercedes-Benz, seteru utama AB Volvo.

Menarik dan penuh dengan drama bukan? Harapnya Li turut membeli Modenas dan KTM di Malaysia kerana keduanya memang perlukan bantuan, terutama KTM yang berjaya mencatat kerugian setiap tahun.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan itu lagi, pelaburan Geely itu termasuk pusat rekabentuk yang baharu dengan…
Berita Global
Menurut sebuah majalah di Eropah, Manager Magazin, Daimler terbuka kepada idea untuk membekalkan…
Berita Global
  Laporan terkini dari Eropah berkata Geely sebenarnya telah mengkaji untuk membeli syarikat Fiat…