LI AUTO BERI BONUS 8 BULAN PADA PEKERJA SELEPAS MENCAPAI SASARAN JUALAN TAHUNAN

oleh Firdaus Razani|
Pembuat kereta dari China, Li Auto yang juga merupakan pesaing Tesla di China bakal memberikan bonus besar kepada pekerjanya selepas berjaya mencapai sasaran jualan pada tahun 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan media kewangan China, Jiemian, syarikat itu merancang untuk memberikan bonus tahunan antara empat bulan hingga lapan bulan gaji kepada hampir 20,000 pekerja mereka.

Pengasas bersama dan CEO, Li Xiang berkata di laman web microblogging Weibo bahawa syarikat itu akan memberi ganjaran kepada pekerja yang bekerja keras dengan bonus yang jauh lebih tinggi daripada tahun lepas.

Beliau berkata, pada 2022, pekerja mendapat bonus yang sedikit berikutan syarikat gagal mencapai sasaran jualan tahunan pada tahun itu.

Namun begitu, “Bonus besar akan diagihkan tahun ini kerana matlamat jualan pada 2023 telah melepasi." katanya.

“Li Auto akan terus berpegang kepada sistem gaji berasaskan prestasi untuk menggalakkan pekerja meningkatkan prestasi mereka,”tambahnya.

 

li auto

 

Pada 2023, Li Auto berjaya menghantar sebanyak 376,030 unit EV di pasaran China sahaja dan ia melonjaka sebanyak 182 peratus dari tahun ke tahun.

Dengan jumlah tersebut, syarikat itu hanya mengekori belakang jenama Tesla dalam segmen EV di China, selepas Tesla menyerahkan lebih 600,000 kenderaan tahun lepas, meningkat 37 peratus daripada 2022.

Untuk tahun 2024, Li Auto menyasarkan untuk menghantar sebanyak 800,000 unit kenderaan kepada pelanggan, lebih 167 peratus daripada tahun 2023.

Menurut Persatuan Kereta Penumpang China, tahun lalu, pembuat EV menghantar sebanyak 8.9 juta unit kepada pembeli di China, meningkat sebanyak 37 peratus dari tahun sebelumnya.

Walaubagaimanapun, pertumbuhan jualan EV di China dikatakan boleh perlahan sehingga kepada 20 peratus tahun ini, menurut ramalan Fitch Ratings pada November.

 

SUMBER : SouthChinaMorningPost

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, jangkaan awal penulis ternyata salah, kerana ia sebenarnya bukanlah varian baharu atau versi…
Berita Global
Untuk tempoh suku kedua tahun ini, Xpeng berjaya meningkatkan jumlah kenderaan yang dijual sebanyak…