Lexus UX - Pesaing crossover mewah Jerman!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pada satu ketika dahulu model-model kenderaan Lexus ibarat adik beradik kembar dengan Toyota. Memang sangat terasa aura Toyota walaupun ia berlipat kali ganda mahal.

Tetapi kini tidak lagi apabila Lexus sudah mula menjarakkan imej dan rasa Toyota daripada model-model keluarannya.

Perubahan ini boleh dilihat melalui model-model terbaru Lexus dengan garis badan tajam menikam dan lengkukan permukaan yang tersendiri. Ditambah dengan jeriji spindle yang menyerlah, anda tidak akan tersilap dengan sebuah Toyota.

Selain itu harga model terbaru Lexus pula sudah tidak segan silu memasuki sempadan segmen premium malah lebih mahal dari pesaing dari Jerman.

Memiliki Lexus bukan lagi ibarat Toyota yang mahal tetapi sudah memberat kepada simbol status.

Dek kerana capaian harga luar biasa bagi model premium Lexus lain, Lexus UX yang bakal ditayangkan di Pameran Kenderaan Geneva pada minggu hadapan adalah akses terdekat bagi mereka yang mahu merasai pemilikan jenama Lexus.

Menariknya pula, model terbaru ini berada dalam segmen crossover kompak yang sekarang ini semakin popular di kalangan pembeli.

Crossover ini berada dalam segmen premium seperti Mercedes-Benz GLA, BMW X1 dan Audi Q3, atau jika dalam segmen kereta kebanyakan seperti Honda HR-V, Mazda CX-3 dan Toyota C-HR.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lexus UX

 

Jika anda merasakan Toyota C-HR mahal harganya, tunggu harga UX ini atau tinjau sahaja harga Mercedez-Benz GLA dan BMW X1.

Dari gambar yang diberikan memang terserlah saiznya yang kompak dan paling jelas ialah gril spindle. Dari sudut lain pula UX masih mengekalkan identiti SUV Lexus dengan sudut dan garisan keras.

Menurut Lexus, UX menggunakan platform serba baharu yang memberikan ketegaran tinggi, titik graviti rendah dan itu menyumbang kepada pengendalian sebuah kereta hatchback.

Bahagian interior pula mengabungkan rekaan kokpit yang memberi fokus kepada pemandu, ruang penumpang lebar dan jarak penglihatan yang melegakan.

Dan seperti yang dikatakan di awal artikel ini, Lexus memang meletakkan UX sebagai akses kepada jenamanya yang sebelum ini dipegang oleh Lexus CT200h.

Kepada penggemar kereta Jepun dan mahukan sesuatu yang berbeza dari Mercedes-Benz GLA, ini adalah jawapannya.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…