Lexus UX 200 rasmi dilancarkan - crossover terkecil dari Lexus Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lama selepas membuka tempahan, Lexus Malaysia akhirnya melancarkan crossover subkompak terbaharu, iaitu Lexus UX yang didatangkan dalam varian UX 200.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Unit yang diimport sepenuhnya (CBU) daripada Jepun itu ditawarkan dalam tiga model iaitu UX 200 Urban, UX 200 Luxury dan model paling premium UX 200 F-Sport yang memiliki tanda harga RM299,888.00. 
 


Kesemua tiga varian ini didatangkan dengan nadi aspirasi natural 2.0 liter Dynamic Force yang mampu menjana 169 kuasa kuda dan 205 Nm daya kilas yang memacu roda hadapan menerusi transmisi CVT Direct Shift 10 nisbah kelajuan. 

Crossover "Urban Explorer" ini dibangunkan menggunakan platform GA-C yang menawarkan kadar ketegaran badan yang lebih baik, titik graviti yang lebih rendah, ruang kabin yang lebih luas serta pemanduan dan pengendalian yang lebih menyeronokkan. 
 


Dari segi luaran, ia membawakan elemen spindle grill di bahagian hadapan dan belakang, penampilan lampu utama yang tajam dihiasi lampu nyalaan siang LED, serta susunan lampu belakang yang bertindak sebagai spoiler pada masa yang sama. 

Ruang kabin pula didatangkan dengan kemasan yang lebih premium, termasuklah kehadiran elemen yang diinspirasikan daripada kertas jepun Washi, serta sulaman tradisional Jepun sashiko yang boleh dilihat pada balutan kulit tempat duduk. 

Antara kelengkapan standard yang didatangkan termasuklah rim bersaiz 17 inci (18 inci untuk varian Luxury dan F-Sport), sistem kemasukan tanpa kunci, paparan kluster instrumen digital serta tiga mod pemanduan (Eco, Normal dan Sport). 
 


Sistem infotainmen turut dilengkapi dengan sistem Lexus Premium Audio dan enam buah pembesar suara, kawalan Remote Touch, serta turut menyediakan sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

Untuk varian pertengahan, disediakan aksesori tambahan seperti slot pengecasan nirwayar, tailgate berkuasa, stereng dengan tetapan berkuasa elektrik, skrin paparan infotainmen yang lebih besar (10.3 inci), serta tempat duduk berliang yang dilengkapi ciri memori. 

Varian F-sport pula hadir dengan aksesori yang lebih sporti seperti rim bersaiz 18 inci, gril hadapan F sport, paddle shifter, paparan kluster instrument ala Lexus LFA, paparan head up, serta tambahan dua mod pemanduan iaitu Sport+ dan Custom.
 


Kesemua varian UX didatangkan dengan kelengkapan seperti lapan beg udara, ABS, EBD, VSC, kawalan cengkaman, sistem pemantauan tekanan tayar, cagak ISOFIX dan juga Active Cornering Assist. 

Tidak ketinggalan, Lexus Safety System+ yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Amaran Pra-pelanggaran Hadapan
  • Kawalan Pelayaran Radar Dinamik
  • Bantuan Pengesan Laluan
  • Amaran Keluar Laluan
  • Sistem Suluhan Tinggi Adaptif

Ciri seperti Sistem Pemantauan Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, dan Panoramic View Monitor pula dikhaskan untuk dua varian tertinggi. 
 


Terdapat sehingga sembilan warna utama untuk dipilih pada varian Urban dan Luxury, manakala varian F-Sport pula didatangkan dengan lapan warna termasuklah White Nova Glass Flake dan Heat Blue Contrast Layering. 

Harga jualan pula bermula dari RM243,888 (Urban), RM283,888 (Luxury) sehinggalah varian tertinggi F-Sport pada harga RM299,888, kesemua merupakan harga atas jalan tanpa insurans. 

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan. 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi luaran, Lexus RX 500h F Sport ini membawakan kit badan yang jauh lebih sporti, dengan…
Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,875 unit terdiri daripada kenderaan berjenama Toyota, manakala…
Berita Domestik
Dikendalikan oleh PCM Klang Motor Sdn Bhd, Pusat Pameran Lexus Klang ini telah pun beroperasi sejak…