Lexus, Toyota juara kos pemilikan kereta paling rendah untuk tempoh lima tahun

oleh Mohamad Hanif|
Bila kita membuat pembelian kereta baharu, kita bukan sekadar kena tahu berapa banyak bayaran bulanan yang terpaksa dikeluarkan, akan tetapi kos-kos lain yang bakal ditempuh sepanjang tempoh pemilikan kenderaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di Amerika Syarikat, Kelley Blue Book telah mengeluarkan senarai kenderaan yang memiliki kos pemilikan yang paling rendah sepanjang tempoh lima tahun.

Berdasarkan senarai yang tertera, adalah tidak mengejutkan apabila jenama kegemaran ramai Toyota dan divisyen automotif mewah Lexus berjaya menjuarai beberapa kategori kenderaan dengan kos pemilikan terendah.

Daripada 23 buah kategori, terdapat lima kereta Toyota seperti Corolla, Avalon, Corolla Hybrid, Sienna dan trak pikap saiz penuh Tundra, diikuti dengan model-model Lexus UX, NX, RX dan juga LX.
 

UX


Untuk kategori kenderaan elektrik pasaran massa, Nissan LEAF berjaya mendahului sementara Tesla Model 3 pula menjadi juara untuk kategori jenama mewah.

KBB mengambil kira beberapa aspek penting seperti kadar susut nilai, pembiayaan dan insurans, kos penyelenggaraan dan pembaikan, serta yuran destinasi untuk tempoh pemilikan selama lima tahun.

Berikut merupakan senarai penuh kategori kenderaan dengan kos pemilikan paling rendah untuk tempoh lima tahun oleh Kelley Blue Book

Kereta kompak: Toyota Corolla
Kereta saiz pertengahan: Honda Accord
Kereta saiz penuh: Toyota Avalon
Kereta mewah aras mula: Acura ILX
Kereta mewah: Volvo S90
Kereta sports: Subaru BRZ
Kereta hibrid: Toyota Corolla Hybrid
Kereta elektrik: Nissan LEAF
SUV subkompak: Hyundai Venue
SUV saiz pertengahan 2-baris: Subaru Outback
SUV saiz pertengahan 3-baris: Subaru Ascent
SUV saiz penuh: Nissan Armada
SUV mewah subkompak: Lexus UX
SUV mewah kompak: Lexus NX
SUV mewah saiz pertengahan 2-baris: Lexus RX
SUV mewah saiz pertengahan 3-baris: Acura MDX
SUV mewah saiz penuh: Lexus LX
SUV off-road: Ford Bronco
Trak pikap saiz pertengahan: Ford Ranger
Trak pikap saiz penuh: Toyota Tundra
Minivan: Toyota Sienna
Kereta elektrik mewah: Tesla Model 3

Sumber: Kelley Blue Book

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan tersebut mendedahkan hampir 25 peratus daripada pembeli baharu mempertimbangkan model…