Lexus, Subaru mempunyai pelanggan yang setia - kajian J.D. Power

oleh Mohamad Hanif|
Senang sahaja untuk memastikan tahap kesetiaan pelanggan - bikin satu produk yang tahan lasak, mudah untuk dipercayai, dan ia bakal membuatkan para pelanggan kembali ke jenama tersebut pada masa akan datang.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Menurut kajian terbaharu yang dijalankan oleh JD Power di bawah tajuk 2020 US Automotive Brand Loyalty Study mendapati Lexus dan Subaru menduduki tangga teratas yang mencatatkan peratusan pelanggan paling setia.

Dalam segmen kenderaan mewah, Lexus berjaya menduduki tangga pertama dengan jumlah 48 peratus pelanggan setia, diikuti rapat oleh Mercedes-Benz (47.8%), BMW (45.1%), Porsche (44.9%) dan Audi (43.4%).

Sementara pasaran massa pula menyaksikan peratusan tinggi pelanggan yang setia di mana Subaru mencatatkan peratusan 60.5 peratus, diikuti oleh Toyota (60.3%) dan Honda (58.7%).

Tempat keempat disandang oleh Ram dengan 57.3 peratus, manakala Ford ditempat kelima (54.3%), diikuti oleh Kia (51.3%).

 


Antara jenama arus perdana yang mencatatkan peratusan terendah adalah trio dari FCA - Fiat (10.4%), Chrystler (14.1%) dan Dodge (17.8%), Mini (26.8%), Mitsubishi (27.1%) dan Buick (27.5%).

Data yang diperoleh sepanjang tempoh Jun 2019 sehingga Mei 2020 itu dikira berdasarkan peratusan pemilik kenderaan yang memilih jenama apabila membuat pembelian kenderaan baharu menerusi Power Information Network.

Menurut Naib Presiden Data dan Analisis JD Power, Tyson Jominy berkata, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi tahap kesetiaan terhadap sesebuah jenama termasuklah pengalaman pembelian dan perasaan pemanduan yang dirasai oleh pemandu.

"Malah, beberapa program (berbentuk bantuan kewangan) yang diperkenalkan pasca COVID-19 bagi membantu para pelanggan yang terjejas akibat pandemik - dan program sebegini sedikit sebanyak menyumbang kepada tahap kesetiaan itu tadi," ujar beliau lagi.

Sumber: J.D. Power menerusi Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Motor Image ialah pengedar serantau yang dilantik bagi jenama kereta Jepun Subaru, dan ia hadir di…
Berita Global
  Berbeza dengan Airslayer yang melakonan pelbagai watak di dalam skrin dan litar lumba, Project…
Berita Domestik
Mulai 2025, semua kenderaan Subaru di Malaysia, Thailand, Vietnam dan Kemboja akan diimport…