Lexus siar gambar acah model LBX - kembar Yaris Cross versi mewah?

oleh Mohamad Hanif|
Lexus bakal melancarkan sebuah model baharu pada 5 Jun ini, dan ia akan membawakan nama rasmi "LBX", atau Lexus BX berdasarkan format penamaan Lexus semasa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penggunaan huruf B pada LBX mungkin sekali merujuk kepada saiz crossover ini di dalam segmen B, di mana ia dijangka berkongsi platform TNGA-B yang sama digunakan oleh Yaris Cross di Eropah.

Ini bermakna, Lexus LBX untuk pasaran Eropah ini akan turut ditawarkan dengan nadi tiga silinder 1.5 liter hibrid berkuasa 114 hp dan padanan transmisi CVT.
 

Lexus


Perincian lanjut berkenaan Lexus LBX masih lagi dirahsiakan, namun berdasarkan imej yang dibekalkan, Lexus BX membawakan rekaan jeriji hadapan yang hampir sama dengan model Lexus RX, diikuti dengan lampu nyalaan siang berbentuk L, dan bar LED yang melintang penuh.

Di pasaran Eropah, Lexus LBX akan menjadi model Lexus aras mula yang diposisikan di bawah Lexus UX, dan bakal memberikan saingan kepada model-model lain seperti Volkswagen T-Cross dan Honda HR-V.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Satu lagi yang menarik, enjin hibrid 1.5 liter M15A-FXE diganti dengan 1.6 liter turbo tiga…
Berita Global
Ya, enjin sama yang wujud pada hot hatch GR Yaris itu dikatakan akan digunakan pada Lexus LBX,…
Berita Global
Dari segi dimensi, Lexus LBX diposisikan di bawah model Lexus UX, sekaligus bertindak sebagai model…