Lexus sedia memperkenalkan EV pertama di Guangzhou hujung bulan ini!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah memperlihatkan buat kali pertama model konsep LF-30 yang dijana dengan tenaga elektrik sepenuhnya pada acara Tokyo Motor Show yang lalu, Lexus akhirnya bersiap sedia untuk memperkenalkan model elektrik versi produksi pada penghujung bulan ini.

Difahamkan Lexus akan menggunakan kesempatan tersebut pada acara Guangzhou International Automobile Exhibition 2019 pada 22 November kelak. 

Tiada sekeping gambar model pun yang diterbitkan oleh Lexus, melainkan sebuah logo 'Electric' yang bakal dipakaikan pada model terbaharu itu. 

Dalam siaran akhbar, Lexus menyatakan bahawa model EV ini direka bagi memenuhi keperluan masyarakat di China dan Eropah, sekaligus memperluaskan lagi golongan pengguna sasaran jenama mewah dari Toyota itu. 
 


Terdahulu, Lexus LF-30 Electrified Concept menggunakan sistem konfigurasi motor elektrik jenis terbina dalam tayar (in-wheel electric motors) untuk keempat-empat sudut. 

Kuasa gabungan pula mampu mencapai angka 536 kuasa kuda dan karakteristik pemanduan pula ditambah baik dengan teknologi Lexus Advanced Posture Control bagi mengawal kuasa yang buas terhambur daripada motor elektrik itu tadi. 

Mengikut keperluan, sistem pacuan Lexus LF-30 adalah sangat versatil dan boleh dipandu dengan pacuan roda hadapan, pacuan roda belakang atau pacuan semua roda. 

Sistem pengecasan pula ditawarkan dalam bentuk teknologi tanpa wayar termaju (advanced wireless charging technology) di mana kabel pengecasan tidak lagi disekalikan ketika pembelian kenderaan. 

Baca: Lexus LF-30 Electrified Concept - Kereta masa hadapan Lexus

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit yang kami bawakan ini sudah tentu unit terpakai, namun lebih unik lagi apabila ia merupakan…
Berita Domestik
Crossover mewah terkecil dari Lexus itu bakal ditawarkan dalam tiga versi untuk pasaran Malaysia,…
Berita Global
UMW Toyota Motor Sdn Bhd memaklumkan kepada Careta bahawa isu panggilan semula pam minyak (fuel…