Lexus RZ450e Special Edition F SPORT Performance, EV mewah dengan kit luar biasa!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lexus RZ450e Special Edition F SPORT Performance 2024
Lexus RZ450e Special Edition F SPORT Performance 2024
Kereta mewah tidak semestinya perlu nampak sopan, elegan dan budiman. Sebagai contoh Lexus RZ450e Special Edition F SPORT Performance untuk pasaran Jepun.

Asalnya adalah sebuah RZ dengan reka bentuk yang lazim untuk sebuah Lexus dan kenderaan elektrik bateri (BEV) khusus pertama dari Lexus.

RZ juga menjadi langkah pertama untuk Lexus menjadi jenama BEV. Model istimewa ini pertama kali dipertonton sebagai RZ SPORT CONCEPT pada Tokyo Auto Salon (TAS) 2023.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Lexus RZ450e Special Edition F SPORT Performance 2024

 

Kembali ke TAS 2024, Lexus menjadikannya sebagai kenderaan yang boleh dibeli orang ramai asalkan tidak melebihi 100 buah. 

Bukan setakat terhad, pemilihan dibuat melalui undian yang bermakna pembeli bertuah sahaja boleh memilikinya.

Individu di sebalik pembangunan model ini bukan calang-calang iaitu juara Kejohanan Dunia Perlumbaan Udara Red Bull, Yoshihide Muroya.

 

Lexus RZ450e Special Edition F SPORT Performance 2024

 

Beliau kini bersama LEXUS PATHFINDER AIR RACING. Memanfaatkan pertukaran teknikal dari beliau, Lexus membangunkan 17 perkakasan aerodinamik.

Di antaranya sayap karbon dan bilah kisar (turning vane) yang menggunakan teknologi aerodinamik dari pesawat.

Prestasi aerodinamik yang lebih tinggi dicapai dengan meningkatkan daya mendap. Perhatikan juga dua sayap belakang pada bumbung dan but!

 

Lexus RZ450e Special Edition F SPORT Performance 2024

 

Seorang lagi pakar yang terlibat ialah Masahiro Sasaki, pelumba Super Taikyu sejak 2007. 

Pada 2019 beliau bersaing di dalam perlumbaan 24 Jam Nürburgring bersama TOYOTA GAZOO Racing.

Beliau bertanggungjawab dalam menyempurnakan pemanduan RZ dari peringkat pembangunan dan turut terlibat di dalam projek konsep dan produksi model istimewa ini.

Perkakasan ampaian seperti penyerap hentak dan pegas gegelung menerima talaan khas. Rim asal diganti dengan set dari Enkei saiz 21 inci.

 

Lexus RZ450e Special Edition F SPORT Performance 2024

 

Lexus dan Masahiro Sasaki memandu kereta ini di Pusat Teknikal Toyota Shimoyama bagi meningkatkan lagi prestasi pemanduan.

Warna putih yang digunakan bernama HAKUGIN dan diadun khas bagi menimbulkan kesan tersendiri. Warna kusam itu berlawan dengan hitam pada sebahagian kereta.

Riasan biru menampakkan kelainan dan menambah seri model ini. Bahagian dalam turut menggunakan warna hitam dan biru dengan kerusi dibalut Ultrasuede®.

 

Lexus RZ450e Special Edition F SPORT Performance 2024

 

Dari segi kuasa, model ini kekal dengan bateri 71.4 kilowatt-jam (kWj). Motor elektrik depan menghasilkan 150 kW (204 ps) dan 169Nm.

Motor elektrik belakang menghasilkan 80 kW (109 ps) dan 169Nm. Sebagai kereta yang dijual di Jepun, model ini menggunakan pengecas CHAdeMO.

Berkenaan harga, pemenang undian perlu membayar 11,800,000 yen (RM379,689).

 

Lexus RZ450e Special Edition F SPORT Performance 2024

 

Ciri-ciri Lexus RZ450e Special Edition F SPORT Performance 2024:

  • Panjang, lebar, tinggi, jarak roda (mm): 4,860 (+55) x 1,965 (+70) x 1,625(-10), 2,850
  • Tayar: 255/40R21 (depan), 295/35R21 (belakang)
  • Trek roda (mm): 1,660 (+50) (depan), 1,660 (+40) (belakang)

Perkakasan luar

  • Rim 21 inci Enkei warna hitam kusam
  • Angkup brek biru. Logo Lexus pada bahagian depan
  • Tukup karbon
  • Spoiler depan, belakang karbon
  • Bumbung karbon
  • Sayap bumbung dan but karbon
  • Bilah kisar (turning vane) karbon depan dan belakang
  • Cermin sisi lipatan elektrik automatik dengan pelbagai fungsi
  • Warna HAKUGIN, hitam, riasan biru

Perkakasan dalam

  • Kerusi balutan Ultrasuede® warna hitam dan sulaman biru
  • Stereng balutan kulit sintetik dengan pedal tukaran gear dan logo F SPORT
  • Meter dengan grafik hitam biru
  • Papan pemuka dengan riasan biru
  • Pelapik ambang pintu dengan logo F SPORT
  • (black+ blue stitch)
  • Pedal dan perehat kaki aluminium

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lexus RZ450e Special Edition F SPORT Performance 2024