Lexus RZ450e rasmi di Malaysia - dari RM429,888

oleh Firdaus Razani|
Lexus Malaysia rasmi lancarkan sebuah model kenderaan elektrik (EV) pertamanya serba baharu di pasaran tempatan iaitu Lexus RZ 450e LUXURY yang canggih dan mewah.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

RZ ialah kenderaan elektrik bateri (BEV) dibina khas secara global pertama jenama itu yang menawarkan pelepasan sifar, pemanduan semua elektrik bersama pengalaman pemanduan dinamik dalam reka bentuk tersendiri.

 

rz

 

Mengenai RZ 450e, ia merupakan sebuah SUV yang membawa elemen kemewahan seiring dengan identiti jenama Lexus itu sendiri tambah pula dengan ciri-ciri reka bentuk moden elektrifikasi.

RZ 450e ialah model Lexus pertama yang menggunakan platform e-TNGA yang baru dibangunkan yang membolehkan pakej sistem pemacu elektrik yang cekap dengan penempatan jisim yang dioptimumkan dan ketegaran yang lebih baik.

 

rz

 

RZ 450e mempunyai pek bateri litium-ion berkapasiti sebanyak 71.4kWj yang memberi jarak gerak sehingga 440km WLTP.

Ia dicas dengan pengecasan AC 11kW yang mengecas penuh kurang dari 7 jam dan dengan pengecasan DC 150kW, ia mampu mengecas dari 0-80 peratus hanya dalam sekitar 30 minit.

 

rz

 

RZ 450e mengunakan pacuan semua roda (AWD) hasil dari kehadiran dwi-motor elektrik yang terletak pada bahagian hadapan dan belakang.

Gabungan motor elektrik tersebut menghasilkan kuasa output maksimum sehingga 308hp dan tork maksium 435Nm yang mampu memecut dari 0-100kmj hanya dalam 5.3 saat sahaja.

RZ ialah model pengeluaran pertama yang menampilkan sistem AWD pintar DIRECT4 baharu Lexus, berfungsi dengan dua e-Axle.

 

rz

 

Mewakili reka bentuk "Next Chapter" Lexus, watak berkuasa model itu adalah hasil langsung konsep reka bentuk "SEAMLESS E-MOTION" dan RZ baharu ini mengambil inspirasi daripada kedinamikan yang wujud pada cheetah.

Reka bentuk dari hadapan hingga kebelakang yang sporty, atletik serta padanan dengan garisan hud rendah yang dinamik dan muscular wheel arch memberi aliran udara yang optimum dan kecekapan aerodinamik.

Walaupun gril signature spindle Lexus tiada, RZ serta-merta dikenali sebagai Lexus kerana ciri-ciri ini telah diperkuatkan dengan menjadikan ciri bentuk badan spindle

 

rz

 

Unit lampu depan dengan reka bentuk baharu disatukan dengan badan spindle dengan sangat nipis yang beri penekanan tambahan kepada motif Lexus L bagi lampu nyalaan siang, manakala lampu utama dan lampu isyarat belok dibuat kurang menyerlah.

Reka bentuk bahagian belakang RZ menampilkan rupa yang berteknologi tinggi dengan spoiler bumbung mempunyai dua elemen berasingan, terletak di tepi luar lebar badan tepat di belakang C-pillar.

Spoiler split memanjangkan aliran belakang reka bentuk dan menyumbang kepada prestasi stabil kereta.

 

rz

 

Lampu cahaya bar memanjang merentasi lebar rupa bentuk belakang, dengan ciri ciri reka bentuk Lexus, ia telah diberikan rupa yang tajam dan minimalis dengan bahagian atas dan bawah dibuat senipis mungkin untuk memberi kesan kesederhanaan dan ketepatan.

 

rz

 

Bahagian dalaman, pada kokpit pemandu, ia menampilkan perincian evolusi konsep Tazuna Lexus dengan kawalan berkaitan pemanduan tertumpu di sekeliling stereng.

Tambahan setiap ciri seperti paparan HUD (head-up display), panel meter TFT 7 inci, paparan multimedia tengah 14 inci semuanya disusun dalam susun atur kokpit yang memberi visual yang jelas pada pengguna.

 

rz

 

Selain dari menggunakan shift-by-wire paddle shifter untuk mengurangkan kelajuan kenderaan, tombol shift jenis dail terletak pada konsol tengah memberikan rasa sentuhan yang sangat baik serta rasa operasi yang dipertingkatkan.

Center Console direka dengan hiasan Tsuyasumi yang menawarkan kesan arang berkilat dan menghasilkan kilauan halus yang menyenangkan dari segi estetika.

 

rz

 

Kesan unik ini adalah hasil langsung daripada menindih lapisan halus melalui teknologi filem termaju dengan ketukangan TAKUMI.

Ciri dalaman utama termasuk Lexus Climate Concierge dan S-Flow Control dengan teknologi penulenan udara nanoeTM X untuk aliran udara penyejukan yang cekap dan udara segar di seluruh kabin.

Sistem pencahayaan ambien yang menawarkan spektrum 64 warna memberikan pencahayaan yang boleh disesuaikan sebagai sebahagian daripada pengalaman dalam kabin.

 

rz

 

Pendekatan Lexus terhadap kemampanan terbukti dalam RZ serba baharu namun tanpa kompromi dalam keselesaan atau mewah.

Tempat duduk Sustainable Grayscale Ultrasuede® memberikan kesan suede berkualiti tinggi sambil menyatakan kemesraan dan kesan yang elegan.

Upholsteri hiasan tempat duduk dan pintu menggunakan suede yang sebahagiannya diperbuat dengan menggunakan biomaterial dan PET kitar semula.

 

rz

 

RZ terbaharu ini juga dilengkapi 13 pembesar suara Mark Levinson Premium Surround Sound System yang bergaya dan berkuasa untuk menyampaikan bunyi berkualiti tinggi yang layak untuk sistem audio mewah.

Sebagai sebuah SUV, ia tampil dengan volum ruangan kargo 522 liter dan boleh mencapai volum sehingga 1,451 liter apabila barisan tempat duduk belakang dilipat.

 

rz

 

Untuk ciri keselamatan, hadir dengan Lexus Safety System + (LSS+) generasi ke-3 yang menawarkan prestasi keselamatan bertaraf dunia.

Lexus RZ turut tampil dengan sistem Lexus Teammate Advanced Park yang canggih menggunakan empat kamera Parallel View Monitor (PVM) dan 12 penderia ultrasonik.

Sistem intuitif ini dapat melibatkan pergerakan automatik kenderaan ke tempat letak kereta dengan lancar.

 

rz

 

Untuk pilihan warna luaran, RZ 450e baharu ditawarkan dengan enam variasi warna, iaitu Aether Metallic, Sonic Copper, Sonic Chrome, Graphite Black Glass Flake, Sonic Quartz dan Sonic Iridium.

RZ 450e dijual dengan harga jualan bermula RM429,888 yang disertakan waranti kilang selama lima tahun atau perbatuan tanpa had, dan waranti lapan tahun atau perbatuan tanpa had dengan tambahan dua tahun sebagai pilihan untuk bateri BEV.

 

rz

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kembali ke TAS 2024, Lexus menjadikannya sebagai kenderaan yang boleh dibeli orang ramai…