LEXUS RX300 Recond : TAIKO JEPUN BUAT ABANG JERMAN GOYANG

oleh Penyumbang Rencana 2|
Ada yang kenal Lexus sebagai jenama kereta dan selebihnya masih ingatkan biskut Lexus buatan Batu Pahat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada tahun 1983, Pengerusi Kumpulan Toyota iaitu Eiji Toyoda telah melancarkan projek khas untuk membina kereta terbaik dunia iaitu Projek kod F1 ("Flagship One").

Disitulah terciptanya jenama Lexus dengan model yang pertama iaitu Lexus LS400 pada tahun 1989 dan disusuli dengan model sedan, coupé, dan SUV.
 

RX


Lexus RX berada didalam kategori Crossover SUV dilancarkan pada tahun 1998, menyasarkan golongan pinggiran bandar yang tak gemarkan model LX kerana saiz dan kesesuain spesifikasi lebih kearah “off road”.

Model sulung RX300 adalah jelmaan mewah Toyota Harrier yang dilancarkan setahun lebih awal bagi pasaran Jepun. RX bermaksud “Radiant Crossover” ataupun “recreational cross country” bagi sesetengah negara. Lima generasi telah dihasilkan dengan jutaan unit telah terjual diseluruh dunia termasuk negara kita Malaysia. 
 

RX300


Model ke-4 RX (AL20) kini mendapat tempat dihati rakyat kelas atasan yang mahukan pakej lengkap bagi sebuah SUV mewah dari segi harga, saiz, keselesaan pemanduan & penumpang, mudah selenggara dan harga jualan balik yang bagus.

Faktor-faktor itu telah menarik perhatian pengimport-pengimport kereta mewah terpakai dari Jepun membawa masuk model RX300 dan hasilnya ia terjual bagai pisang goreng panas.
 

RX


Dua varian dalam model RX300 iaitu F-Sport dan Luxury kini menjadi pilihan popular mengatasi SUV jenama-jenama Eropah yang lain. Rekabentuk yang ganas dan mewah mampu mengoncangkan iman taukeh-taukeh dalam membuat pilihan.

Enjin 2.0 turbo itu dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan menjanjikan pemanduan yang elegan megah, senyap dan bertenaga.
 

Fsport


Kemasan dan ketelitian binaan kereta ini bukanlah calang-calang, dari bahagian luaran sehingga dalaman, Lexus menggunakan bahan yang berkualiti tinggi serta tampak mewah. Selain ruang dalaman yang luas, kadar Noise, Vibration & Harsness (NVH) juga diselaraskan ke tahap yang amat baik menjadikan pemanduan yang lebih senyap dan padu.

Bagi anda sedang berkira-kira untuk memiliki model ini, beberapa perkara yang boleh diteliti dalam membuat pilihan:
 

RX pra-facelift vs RX facelift

Tahun di buat :
- 2018 model pre-facelift
- 2019-2022 model facelift

Varian :
- Luxury 
- F-Sport
 

*Dua varian ini berbeza dari segi rekabentuk bumper, jeriji, rim, kemasan dalaman & luaran dan kerusi hadapan. Varian F-Sport didatangkan dengan kerusi semi bucket untuk cengkaman manakala varian Luxury menggunakan kerusi yang lebih lebar dan selesa.

 

tempat duduk varian Luxury vs varian F-Sport


Jaminan oleh pihak ketiga :
- Bermula dari 3 hingga 5 tahun bergantung kepada pakej dari penjual.

Penyelenggaraan :
- Pilih bengkel yang mempunyai kelengkapan dan pengalaman yang baik. Servis biasa bermula dari RM400 manakala servis utama bermula dari RM800 bergantung kepada pakej dan jenama alat ganti.

Spesifikasi :
• Enjin : 2.0 liter turbo, empat silinder sebaris 
• Prestasi : 238hp, 350Nm @ 1,650 to 4,000 rpm 
• Pecutan : 0-100km/j 9.5 saat
• Kelajuan maksimum : 200km/j
• Transmisi : Automatik 6 nisbah kelajuan
• Pacuan roda :  semua roda (All Wheel Drive)
• Ukuran : 4,980mm (panjang) x 1,895mm (lebar) x 1,690mm x (tinggi), jarak antara roda 2,790mm, ruang kargo 435 liter
• ASEAN NCAP: 5 bintang
• Jumlah beg udara: 10
• Saiz tayar : 235/55 R20 hadapan & belakang
• Harga : Tahun 2018-2022 bermula dari RM285,000 sehingga RM400,000

Penulis: Faiz Ayob

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…