Lexus RX 350 2023 rasmi - nadi 2.4 liter turbo, 275 hp, 430 Nm, dari RM468,888

oleh Mohamad Hanif|
Lexus Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan SUV generasi baharu RX 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Model generasi kelima SUV mewah itu bukan sahaja menawarkan keselesaan dan praktikaliti untuk kegunaan seharian, malah turut menampilkan keupayaan pengendalian off-road dan prestasi yang telah ditambah baik.
 

 

Rx


Dibangunkan daripada platform TNGA-K yang diperhalusi, Lexus RX menerima penambahan dimensi lebar sebanyak 25 mm, dengan jarak antara roda kini bertambah 60 mm kepada 2,850 mm yang menyumbang kepada ruang kabin yang lebih luas.

Selain itu, jarak antara trek roda kini bertambah lebar 65 mm, sementara jarak gantungan belakang telah dikurangkan sebanyak 60 mm.
 

Rx


Platform ini bukan sahaja menjadikan RX 90 kg lebih ringan, ia turut merendahkan titik graviti SUV ini sebanyak 15 mm.

Identiti luaran SUV RX ini diserikan lagi dengan struktur jeriji spindle baharu yang lebih menegak, unit lampu dengan DRL terbina, diikuti dengan garis badan yang lebih seimbang serta padanan rim aloi ringan bersaiz 21 inci dengan kemasan Hyper Chrome Metallic.

 

Rx

 

Selain itu, hujung bucu hud enjin telah ditinggikan sementara bucu tingkap belakang yang telah direndahkan menjadikan postur melintangnya lebih rendah dan rekaan luaran yang lebih unik.

Unit lampu belakang telah diringkaskan rekaannya di mana grafik berbentuk L kini dihubungkan dengan jalur LED yang melintang penuh.
 

Rx


Kemasan ruang kabin membawakan konsep rekaan Tazuna yang muncul pertama kali pada model NX, bertujuan untuk menjadikan pemandu lebih fokus di atas jalan, dan dalam masa yang sama mempunyai perasaan terhubung secara terus dengan kenderaan.

Disebabkan itu, banyak elemen di sekitar papan pemuka yang telah direka semula, seperti contoh skrin paparan head-up, panel instrumen serta paparan tengah 14 inci yang telah disusun semula bagi meminimumkan pergerakan kepala pemandu.

 

Rx

 

Sementara kawalan berkaitan pemanduan banyak ditumpukan pada ruang sekitar roda stereng.

Antara ciri lain yang dimuatkan termasuklah E-latch, sistem pencahayaan ambien, serta kawalan hingar aktif (ANC) yang direka untuk mengurangkan kadar kebisingan di dalam ruang kabin, sekaligus menjadikan pemanduan yang lebih senyap dan selesa kepada para penumpang.
 

Rx


Untuk pasaran Malaysia, Lexus RX ditawarkan dalam varian RX 350, dikuasakan oleh nadi turbo serba baharu berkapasiti 2.4 liter (kod T24A-FTS) dengan janaan kuasa 275 hp @ 6,000 rpm dan daya kilas 430 Nm @ 1,700-3,600 rpm.

Sistem transmisi adalah jenis automatik lapan nisbah kelajuan dengan teknologi shift-by-wire dan dipadankan dengan sistem pacuan semua roda AWD.

Selain itu, RX 350 turut hadir dengan sistem gantungan Adaptive Variable Suspension (AVS) yang membantu menjadikan pemanduan yang lebih selesa.
 

Rx


Ciri keselamatan Lexus Safety System+ (LSS+) telah ditambah baik pada model RX di mana ia kini menampilkan ciri paparan keliling panorama digital, amaran lintasan trafik belakang, sistem pemantauan titik buta dan amaran lintasan trafik belakang.

Selain itu, ciri Safe Exit Assist (SEA) akan memberikan amaran kepada penumpang tentang kewujudan kenderaan atau penunggang basikal dari arah belakang, di mana sistem ini akan menyahaktif e-Latch bagi menghalang pintu dibuka dan menyebabkan kecederaan kepada pihak ketiga.

Tempahan bagi model RX 350 Luxury akan dibuka bermula 17 Mei 2023, dengan harga jualan RM468,888 atas jalan tanpa insurans.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi luaran, Lexus RX 500h F Sport ini membawakan kit badan yang jauh lebih sporti, dengan…
Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,875 unit terdiri daripada kenderaan berjenama Toyota, manakala…
Berita Domestik
Dikendalikan oleh PCM Klang Motor Sdn Bhd, Pusat Pameran Lexus Klang ini telah pun beroperasi sejak…