Lexus perlihat konsep Off-Highway Recreational Vehicle

oleh Mohamad Hanif|
Ketika pelancaran Lexus LX tempoh hari, Lexus juga turut memperlihatkan sebuah model konsep kereta rekreasi yang dinamakan sebagai Lexus Off-Highway Recreational Vehicle Concept.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Meskipun ia masih lagi menggunakan teknologi pembakaran dalaman, akan tetapi Lexus menggunakan bahan api hidrogen, sama seperti apa yang telah diuji oleh Toyota menerusi jentera lumba Corolla yang menggunakan enjin tiga silinder 1.6 liter yang diambil daripada GR Yaris.

Reka bentuk kenderaan rekreasi ini memiliki elemen yang sama didapati pada model-model Lexus sedia ada, seperti unit lampu LED depan yang tajam, lampu LED belakang yang menyerupai bentuk spoiler, serta kemasan warna matte bronze yang mewah.
 

off-road


Untuk kegunaan laluan off-road, kenderaan ini turut dilengkapi dengan bar lampu LED pada bumbung, tayar off-road dan enjin yang terletak di bahagian belakang dan hanya menghasilkan sisa air sebagai bahan buangan.

Tiada sebarang maklumat berhubung status kenderaan berkuasa hidrogen ini sama ada ia akan menjadi sekadar bahan pameran atau bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…