Lexus perkenal LY 650, kapal mewah pertama dari Lexus

oleh Muhammad Md Tajudin|
Seperti diketahui umum, Lexus adalah jenama mewah dengan model-model yang menyaingi pengeluar Jerman. Usaha berpuluh tahun tersebut telah membuahkan hasil dan Lexus sekarang adalah jenama yang disegani.

Tetapi bagaimana hendak pergi lebih jauh dan meningkat satu tahap lagi? Keluarkan kapal persiaran mewah. 

Pada 19 September lalu Lexus mempertontonkan LY 650, kapal persiaran mewahnya yang pertama di Boca Raton, Florida, Amerika Syarikat.

Hasrat mengeluarkan kapal persiaran mewah sudah lama, pada Januari 2017 Lexus Sport Yacht Concept dipertontonkan dan ia menjadi kenyataan pada bulan ini.
Lexus LY 650

 

Lexus tidak membangunkan LY 650 secara sendiri, reka bentuknya hasil kerjasama dengan Nuvolari Lenard, studio kapal persiaran Itali.

Luaran dan dalaman LY 650 jelas premium, anggun dan terperinci seperti kereta Lexus. Terdapat tiga bilik utama dengan kapasiti enam tempat tidur.

Badan kapal ini diperbuat daripada gabungan carbon fiber-reinforced plastic (CFRP) dan glass fiber-reinforced plastic (GFRP) dengan kerjasama Marquis Yachts LLC. 

Sistem kapal pula menggunakan LY-Link yang menyediakan pelbagai maklumat penting dan fungsi kawalan kapal.

Kapal LY 650 akan dikeluarkan dengan kerjasama Marquis Yachts di Pulaski, Wisconsin, AS dan menariknya menggunakan Toyota Production System dalam proses pengeluaran yang cekap dan berkualiti.

 

Lexus LY 650

 

Ukuran panjang kapal ini ialah 65 kaki 5 inci dengan lebar 18 kaki 11 inci. Kapal ini digerakkan oleh enjin berkembar Volvo Penta IPS berkuasa 1350 hp, 1200 hp atau 1050 hp setiap satu. 

Kapasiti minyak pula sebanyak 4,012 liter manakala air sebanyak 852 liter. 

Satu perkara menarik, kecekapan bahan api dengan jenama Jepun memang tidak boleh dipisahkan.

Bahagian badan bawah kapal ini menggunakan permodelan computational fluid dynamic (CFD).

Kaedah itu membolehkan Lexus mendapatkan output kuasa tinggi dan pengunaan minyak yang rendah serta kestabilan dan kebolehan bergerak (maneuverability) yang baik.

Kepada yang berminat, pelancaran Lexus LY 650 dijadualkan pada 30 Oktober 2019. Harga? Lexus belum mengumumkannya.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lexus LY 650

 

Add new comment

Careta Ad