Namun begitu, Lexus masih lagi percaya disebalik obsesi ramai pihak terhadap SUV, masih wujud permintaan terhadap sedan tiga kotak tradisional di sesetengah pasaran.
Bercakap kepada laman Drive AU, ketua jenama global Lexus Takashi Watanabe mengakui permintaan terhadap sedan semakin merudum.

"Kami melihat terdapat keperluan pasaran untuk sedan, dan akan berterusan memberikan fokus kepada model sedan."
Di pasaran China, sedan masih lagi kekal popular di mana model ES merangkumi separuh daripada jumlah pengedaran kenderaan Lexus di negara tersebut.
Menurutnya lagi, pelan perancangan produk global pada masa akan datang boleh dilengkapkan dengan model sedan yang dihasilkan khusus untuk pasaran China, serta beberapa model khusus yang lain.

Sumber: Drive AU