Lexus penaja utama KL Fashion Week 2019

oleh Mohamad Hanif|
Lexus sebagai sebuah jenama automotif mewah terkemuka di dunia sekali lagi menunjukkan komitmen terhadap dunia fesyen dengan menjadi penaja utama KL Fashion Week 2019.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jenama yang sinonim dengan stail dan glamor itu masih mengekalkan hubungan yang erat terhadap komuniti seni dan fesyen, dipacu oleh rekaan inovasi dan imaginatif yang mampu memberikan kesan kepada emosi dan semangat. 

Sebagai sebuah penaja utama kereta rasmi KLFW, Lexus turut mempamerkan reka bentuk tersendiri, selain menganjurkan Lexus Night pada 23 Ogos sebagai sebahagian daripada acara KLFW. 

 


Menurut Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi Lexus Malaysia berkata, "Lexus sentiasa berusaha cemerlang menerusi reka bentuk avant-garde, hasil kerja yang unggul dan perhatian yang terperinci. 

Acara Lexus Night menyaksikan kira-kira 60 orang pelanggan Lexus dan jemputan diraikan dengan pertunjukan fesyen dan  hidangan makanan yang cukup mewah. 

Manakala acara pertunjukan fesyen pula bukan sahaja memperagakan fesyen tahunan, malah ia juga merupakan pertunjukan eksklusif salah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, Alia Bastamam. 
 


Menurut Ravindran K, Presiden Lexus Malaysia berkata, "Lexus sentiasa menerajui aspek rekaan dan juga kejuruteraan, dan kami berasa amat gembira dapat membawakan peluang ini kepada mereka menikmati dan menghargai reka bentuk yang inovatif dan menawan. 

Menerusi platform seperti KLFW, Lexus berupaya menyalurkan sokongan bagi memacu industri fesyen Malaysia ke hadapan. 

Dan sebagai sebuah jenama yang sinonim dengan reka bentuk canggih dan hasil kerja yang unggul, Lexus mahu menyerlahkan lagi daya kreativiti pereka tempatan sekaligus menjana inspirasi mereka di dalam dunia reka bentuk dan fesyen.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi luaran, Lexus RX 500h F Sport ini membawakan kit badan yang jauh lebih sporti, dengan…
Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,875 unit terdiri daripada kenderaan berjenama Toyota, manakala…
Berita Domestik
Dikendalikan oleh PCM Klang Motor Sdn Bhd, Pusat Pameran Lexus Klang ini telah pun beroperasi sejak…