Lexus panggil kembali model IS dan GS akibat kebocoran sistem bahan api

oleh Mohamad Hanif|
Lexus USA kini memanggil kembali model IS dan GS bermula dari tahun 2006 atas kemungkinan berlaku kebocoran bahan api pada bay enjin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hal ini berpunca daripada peredam denyutan bahan api (fuel pulsation dampers) yang terdapat di bahagian enjin berkemungkinan mengeras dan pecah selepas jangka waktu yang agak lama. 
 


Kesan daripada kebocoran itu, bahan api akan mengalir keluar ke ruang enjin yang panas dan memungkinkan kebakaran berlaku. 

Bagi menyelesaikan masalah ini, Lexus menggantikan bahagian yang terjejas dan memasang satu saluran bahan api yang baharu pada kenderaan yang terjejas. 

Antara model yang dipanggil kembali di dalam kempen terbaharu ini ialah model IS 350 (2006-2013), model IS 350C (2010-2014), dan model GS 350 dan GS 450h (2007-2011). 

Secara keseluruhannya, ia membabitkan sejumlah 115,000 buah kenderaan yang telah terjual di pasaran Amerika Syarikat. 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…
Berita Global
Menurut laporan Forbes yang memetik kata-kata eksekutif Toyota, syarikat itu sedang merancang untuk…