Lexus NX450+ - model pertama PHEV Lexus mungkin guna teknologi RAV4 Prime, 302 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Lexus mungkin merupakan salah sebuah syarikat terawal yang memperkenalkan model-model hibrid untuk pasaran global, namun sehingga kini anak syarikat Toyota itu masih lagi tiada model plug-in hybrid (PHEV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keadaan tersebut mungkin akan berubah dalam masa terdekat, memandangkan Lexus sudah pun mendaftarkan tanda dagang di Eropah untuk beberapa varian crossover NX.

Salah satu daripadanya adalah NX350h, namun terdapat sebuah lagi nama yang amat menarik untuk dilihat, iaitu NX450+.

Seperti mana format penamaan model-model Lexus, 'h' membawa maksud model hibrid, namun kehadiran '+' di belakang nama model NX450+ memberikan petanda baharu bahawa ia bukanlah model hibrid yang biasa, sebaliknya berkemungkinan besar plug-in hybrid (PHEV).

 


Terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa model NX ini bakal menggunakan trenkuasa hibrid yang diperoleh daripada Toyota RAV4 Prime yang dilengkapi enjin 2.5 liter dan dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa gabungan 302 kuasa kuda.

Masa pecutan 0-100 km/j pula mampu dicapai dalam masa 5.8 saat!

Toyota RAV4 Prime didatangkan dengan pek bateri 16 kWh yang mampu membenarkan jarak operasi tanpa pembakaran bahan api sekitar 63 km, malah ia mampu memberikan pulangan penggunaan bahan api serendah 2.61 liter/100 km.

Setakat artikel ini ditulis, Lexus hanya mendaftarkan tanda dagang NX450+ untuk pasaran Eropah sahaja, manakala pasaran Amerika pula sekadar menerima model NX250 dan NX350.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk pasaran tempatan, terdapat dua versi yang boleh dipilih, iaitu NX 250 Luxury dan versi yang…
Berita Domestik
Terdapat dua pilihan varian ditawarkan, iaitu Lexus NX 250 Luxury dan versi Lexus NX 350 F SPORT.…
Berita Global
  Satu perkara menarik tentang bidang pengendalian, Yamaha Motor Co., Ltd. adalah syarikat yang…