Lexus NX 2022 - tempahan dibuka, dua varian, harga dari RM370k

oleh Mohamad Hanif|
Selepas diperkenalkan secara rasmi di pasaran global pada pertengahan tahun yang lalu, Lexus Malaysia akhirnya mengumumkan kemunculan model crossover kompak generasi baharu NX untuk pasaran tempatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terdapat dua pilihan varian ditawarkan, iaitu Lexus NX 250 Luxury dan versi Lexus NX 350 F SPORT.

Varian Lexus NX 250 hadir dengan enjin 2.5 liter aspirasi natural yang mampu menjana kuasa setinggi 204 hp @ 6,600 rpm dan daya kilas 243 Nm @ 4,000 - 5,000 rpm.

Sementara varian sporti Lexus NX 350 F SPORT pula dilengkapi dengan nadi turbo 2.4 liter dengan angka output 275 hp @ 6,000 rpm dan daya kilas 430 Nm @ 1,700 - 3,600 rpm.

Kedua-dua varian dipadankan dengan automatik lapan nisbah kelajuan dibantu dengan kawalan penukaran AI yang akan menggunakan kamera bagi mengimbas jalan di hadapan serta memadankan corak penukaran gear yang bersesuaian.
 

Lexus NX


Dari segi luaran, Lexus NX 2022 membawakan perubahan rekaan yang signifikan, di mana muka hadapan crossover ini menampilkan rekaan jeriji spindle yang direka semula dengan penampilan ala tiga dimensi, unit lampu utama yang diberikan nafas baharu serta lampu nyalaan siang terbina dalam.

Bahagian sisi SUV ini menampilkan rekaan yang kemas, sementara bahagian belakang pula menampilkan perkataan LEXUS menggantikan logo L yang melambangkan hala tuju baharu Lexus dalam membawakan penjenamaan mereka.

Turut menyumbang kepada tahap kelincahan crossover NX ini adalah penggunaan platform TNGA-K di mana ia menawarkan penambahan sebanyak 30 peratus tahap ketegaran, sekaligus menjadikan kawalan di selekoh dan dinamik pengendalian dipertingkatkan.

Lexus NX turut hadir dengan pelbagai ciri keselamatan yang terangkum di bawah Lexus Safety System Plus (LSS+) seperti contoh sistem pra-pelanggaran (PCS), bantuan pengesanan lorong (LTA), kawalan jelajah dinamik radar (DRCC) dengan fungsi berhenti/mula, bantuan suluhan tinggi (AHS), bantuan papan tanda jalan (RSA), sistem pemantauan pemandangan panoramik (PVM) dan Parking Brake Support (PKSB).
 

Lexus NX


Ruang kabin Lexus NX membawakan konsep Tazuna yang meminimumkan interaksi antara pemandu dan kenderaan, di mana contoh yang paling ketara adalah pengurangan jumlah suis fizikal daripada 78 unit kepada 45 sahaja.

Butang fizikal masih lagi dikekalkan untuk fungsi yang kerap digunakan, sementara fungsi yang jarang digunakan telah disekalikan dalam skrin sentuh bersaiz 14 inci yang turut menyokong sambungan kepada Android Auto dan sambungan tanpa wayar Apple CarPlay.

Turut memeriahkan lagi suasana kabin adalah penggunaan bahan yang premium, diikuti dengan sistem pencahayaan ambien 64 warna, dan bukaan pintu menggunakan suis sahaja.

Terdapat lapan warna menarik ditawarkan pada Lexus NX termasuklah Sonic Chrome, sementara varian F-SPORT pula mendapat dua warna eksklusif, diikuti dengan pilihan warna kabin (Black/Dark Rose/Hazel/Flare Red) bergantung kepada varian.
 

NX


Tempahan Lexus NX 2022 kini sudah pun dibuka bermula 27 April dengan harga jualan bermula dari RM370,888 atau RM389,888 untuk varian F-SPORT.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk pasaran tempatan, terdapat dua versi yang boleh dipilih, iaitu NX 250 Luxury dan versi yang…
Berita Global
  Satu perkara menarik tentang bidang pengendalian, Yamaha Motor Co., Ltd. adalah syarikat yang…
Berita Global
Sedar ataupun tidak, generasi ketiga Toyota Alphard/Vellfire sebenarnya sudah pun kian menghampiri…