Lexus Mutiara Damansara - definisi gaya hidup mewah Lexus

oleh Mohamad Hanif|
Lexus Malaysia mengalu-alukan orang ramai untuk melawat pusat pameran 3S bertaraf premium Lexus yang telah dinaik taraf bertempat di Mutiara Damansara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi penggunaan elemen inovasi teknologi tinggi, fasiliti serba baharu ini mampu memberikan pengalaman pengguna yang serba mewah yang turut merangkumi perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti, atau sekadar membeli barangan cenderahati Lexus. 

Menurut Presiden Lexus Malaysia, Ravindran K menyebut penambahbaikan yang dibuat kepada pusat pameran Lexus Damansara ini membolehkan Lexus Malaysia mendefinisikan semula elemen utama jenama tersebut di samping menunjukkan kepada dunia pengalaman Lexus yang sebenar. 
 


Antara cabaran utama untuk sebuah jenama gaya hidup yang serba mewah ini ialah untuk kekal berhubung bersama para pelanggan mereka dan di Lexus, ini dapat diatasi menerusi mantra otomenashi, menjangka dan memenuhi segala keperluan dan kehendak pelanggan dalam segenap sudut. 

Antara perkara baharu yang dibawakan pada pusat pameran Lexus Mutiara Damansara ini:

  • Lexus Signature Scent of Wild Earth sebagai penyambut tetamu
  • Pengalaman jualan dan servis nirwayar, segala urusan hanya melibatkan tablet Lexus Touch
  • nikmati aroma kopi premium Perancis daripada Cafes Richard
  • paparan LCD untuk segenap sudut yang memaparkan informasi kenderaan, status servis masa nyata, dan bahan bacaan
  • sistem audio Mark Levinson buat mereka yang ingin merasai pengalaman audio yang berkualiti tinggi di dalam kenderaan Lexus
  • Lexus Lifestyle Collection menawarkan barangan jenama Lexus untuk gaya hidup yang serba mewah
  • Zen Room menawarkan ruang privasi dan kerusi urut buat pelanggan yang ingin berehat sambil menikmati alunan muzik lembut

 


Lexus Mutiara Damansara terletak di Jalan PJU7/2 ini dibuka setiap hari dan menawarkan kenderaan terkini Lexus dan kenderaan pre-owned di samping memberikan khidmat servis selepas jualan kepada semua kenderaan Lexus. 

Untuk maklumat lanjut, layari lexus.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ini susulan kepada pengumuman syarikat pada awal Oktober 2017, yang menyatakan semua operasi…