Lexus LM350 mula produksi tahun 2020 di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semenjak Lexus Taiwan mendedahkan imej acah minivan mewah yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, sebuah lagi berita mengesahkan bahawa Lexus benar-benar serius menawarkan Alphard versi mewah. 

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar Jepun iaitu Chubu Keizai Shimbun, Lexus dilaporkan bakal memulakan produksi minivan tersebut pada tahun hadapan di kilang pemasangan Toyota di Inabe. 

Laporan tersebut ada asasnya memandangkan fasiliti tersebut sebenarnya lokasi sebenar untuk memasang model-model Toyota Alphard, Toyota Vellfire serta Toyota Hiace. 

 

sumber: Motor1


Lexus bakal memfokuskan pemasaran model ini untuk pasaran Asia termasuklah China, manakala kemungkinan bagi pasaran Eropah dan Amerika Syarikat pula masih tidak didedahkan. 

Sebelum ini, Presiden Lexus Manila mendedahkan bahawa Alphard daripada Lexus 'sedang menunggu masa yang sesuai' untuk dilancarkan, ketika melihat kejayaan Toyota Alphard mewujudkan senarai menunggu yang sangat panjang di sana. 

Baca: Lexus Alphard tunggu masa untuk dilancarkan - Presiden Lexus Manila

Bukan sahaja di Filipina, para pengedar Lexus di negara kelahiran asal Alphard juga sebenarnya menerima permintaan yang serupa daripada pegawai eksekutif dan ahli politik yang mahukan sebuah kereta mewah yang bertindak sebagai pejabat mini. 
 


Menurut laporan daripada rakan media CarList.my, Lexus sudah pun mendaftarkan tanda dagangan LM 350 dan LM 300h pada bulan Jun tahun lalu. 

Terdapat kemungkinan Lexus LM 350 dan Lexus LM 300h bakal dibina berdasarkan Toyota Alphard Royal Lounge (versi paling mewah) yang datang dengan konfigurasi dua baris tempat duduk dengan pilihan empat buah kerusi. 

Pilihan enjin pula mungkin terdiri daripada enjin V6 3.5 liter (LM 350) dan enjin hibrid petrol 2.5 liter (LM 300h).

Ia akan dipamerkan buat kali pertama di acara Shanghai Auto Show pada 16 April ini.

Sumber: Motor1, CarList

Berita Berkenaan

Pelancaran
Lexus LM 350 direka untuk golongan professional yang mahu melihat kenderaan mereka lebih daripada…
Berita Domestik
Seperti yang anda jangkakan, Lexus LM 350 menampilkan semangat hospitaliti Omotenashi Lexus yang…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada rakan media Paultan, mereka telah berjaya mendapatkan informasi daripada…