Lexus LM untuk pasaran China - bermula dari RM1.3 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Lexus telah pun memperkenalkan secara rasmi MPV mewah yang menggunakan asas daripada minivan mewah Alphard/Vellfire, dan bakal dilancarkan pada acara Taipei Motor Show 2019 penghujung bulan ini.

Khabar angin tersebut semakin kuat apabila beberapa media asing telah merakamkan kumpulan pertama Lexus LM di pelabuhan Jepun yang bersedia untuk dieksport ke pasaran tersebut. 

Lexus LM hanya akan hadir dalam penawaran varian tunggal sahaja, iaitu LM300h, di mana enjin hibrid 2.5 liter empat silinder sebaris kitaran Atkinson digunakan menghasilkan 211 kuasa kuda. 
 


Walaupun menggunakan asas daripada Alphard, Lexus mempunyai cara tersendiri bagi memastikan MPV LM300h ini lebih mewah berbanding Alphard itu sendiri. 

Ini termasuklah penggunaan gril hadapan ikonik Lexus, lampu LED yang serba tajam, bumper hadapan yang agresif serta kit badan yang bersesuaian dengan imej mewah Lexus. 

Lexus juga turut mengesahkan penawaran MPV tersebut yang hadir dengan konfigurasi empat tempat duduk, manakala kehadiran varian versi tujuh tempat duduk pula tidak dapat dipastikan buat masa ini. 
 


Memasuki ruang dalaman pula, versi empat penumpang ternyata mempunyai ruang yang lebih luas di mana ruang penumpang belakang dipisahkan dengan kehadiran dinding yang memuatkan paparan bersaiz 26 inci, peti sejuk, jam dan ruang storan payung. 

Penumpang belakang didatangkan dengan tempat duduk yang cukup mewah, lengkap dengan suis kawalan di bahagian tengah untuk akses kepada fungsi-fungsi utama, serta sistem bunyi keliling 19 buah pembesar suara daripada Harman Kardon.

 


Menyentuh soal harga pula, h​​arga jualan Lexus LM300h di pasaran Taiwan dianggarkan bermula dari NT$3.5 juta (RM471,608) sehingga NT$ 5 juta (RM673,725), manakala harga yang diperoleh daripada pengedar di China pula dikatakan mampu mencecah RMB2.18 juta (RM1.3 juta)!

Sumber: Automachi.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota sudah pun mempunyai barisan minivan mewah seperti Alphard, Vellfire, Voxy, serta sebuah van…
Berita Global
Jenama Buick bukanlah popular di Malaysia, malah carian ringkas di beberapa laman web menjual…
Model Terbaharu
Akhirnya, minivan yang dinanti-nantikan telah pun tiba apabila Lexus selesai melancarkan model…