Lexus LFA sambut ulang tahun ke-10 - bina sendiri LFA anda di rumah!

oleh Mohamad Hanif|
Lexus LFA merupakan antara model-model kereta berprestasi tinggi yang pernah dihasilkan oleh Toyota yang meninggalkan kesan yang cukup mendalam di dalam jiwa penulis, walaupun tidak pernah sekali berpeluang memandunya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan ngauman enjin V10 4.8 liter (533 hp) yang nyaring, not ekzos yang menyamai bunyi jentera F1 hasil talaan Yamaha, ia merupakan salah satu bukti Toyota (Lexus) sebenarnya mampu menghasilkan kereta yang cantik.

Bulan Disember 2020 ini genaplah sepuluh tahun ulang tahun produksi Lexus LFA yang diperkenalkan pada tahun 2010, dan ia antara jentera yang cukup rare disebabkan unit penghasilan sekitar 500 unit sahaja.

 


Sebagai menyambut ulang tahun yang ke-10 Lexus LFA yang dipasang dengan menggunakan tenaga tangan, Lexus kini memberikan peluang kepada para peminatnya diseluruh dunia untuk mencuba sendiri membina jentera V10 tersebut dalam bentuk yang lebih mudah dan murah - model kertas.

Lexus turut bermurah hati membekalkan beberapa contoh warna seperti warna Ivory White, Sunset Orange, Lapis Lazuli (biru), serta liveri Toyota Gazoo Racing yang sesuai dijadikan sebagai aktiviti mengisi masa lapang di rumah.

 


Selamat menyambut ulang tahun yang ke-10, Lexus LFA.

Berita Berkenaan

Berita Global
Update 1.40 "Spec II" Gran Turismo 7 ini membawakan tujuh model kereta baharu ke dalam permainan,…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat tujuh buah kereta baharu yang bakal…
Berita Global
Pada tahun 2016, bos Lexus Eropah mengesahkan tiada sebarang pengganti untuk model tersebut yang…