Lexus LFA Nurburgring Edition 2012 untuk disambar - harga dari RM4.8 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun diproduksikan selama dua tahun, Lexus LFA merupakan salah satu bukti bahawa Toyota sebenarnya mampu untuk menghasilkan supercar yang setanding dengan nama-nama besar dunia, bukan sekadar buat kereta marhaen semata-mata.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Supercar berenjin V10 dengan runut bunyi yang nyaring itu kini menjadi buruan para pengumpul, dan salah satu daripadanya merupakan model LFA Nurburging Edition, di mana harga jualan ketika keluar kilang adalah 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding model 'standard'.
 

LFA


Model Lexus LFA tahun 2012 ini sedang mencari pemilik baharu menerusi laman web PistonHeads, dengan jarak perbatuan tercatat sekitar 19,135 km.

Sebagai sebuah model varian Nurburgring, ia dilengkapi dengan sistem aerodinamik gentian karbon, suspensi yang lebih sporti, roda magnesium BBS yang lebih ringan, serta tambahan 10 kuasa kuda kepada 563 hp/480 Nm.
 

LFA


Secara standard, Lexus LFA dilengkapi dengan enjin 4.8 liter bentangan V10 yang mampu mencapai putaran tertinggi sehingga 9,000 rpm dalam masa  yang singkat, dengan output 552 hp/480 Nm.

Pada asalnya, ia hadir dengan layangan warna putih, namun pada tahun 2019 warna tersebut digantikan dengan warna unik Emerald T sebelum disaluti filem perlindungan TopazSkin.
 

LFA


Ruang kabin pula masih lagi mengekalkan upholsteri standard dari kilang, termasuklah bahan Alcantara hitam dan trim gentian karbon.

Harga yang diminta? £849,950 atau bersamaan RM4,773,068 mengikut kadar pertukaran matawang semasa.

Sumber: PistonHeads

Berita Berkenaan

Berita Global
Disebabkan cuma 500 unit sahaja, produksi LFA bertahan sekitar dua tahun sahaja. Salah satu unit…
Berita Global
Dalam satu laporan tahunan yang diterbitkan oleh Toyota, amat mengejutkan apabila Lexus berjaya…
Berita Global
Dengan produksi yang terhad kepada 500 buah sahaja, Lexus LFA merupakan antara supercar yang jarang…