Kenapa nama Hokkaido dipilih?
Nama tersebut dipilih bersempena dengan kepulauan Hokkaido yang sangat terkenal dengan destinasi pelancongan seperti kawasan gunung berapi, kolam air panas Onsen, serta jalan yang sangat cantik.
Malah, kepulauan Hokkaido juga turut menempatkan litar pengujian Shibetsu di mana model-model seperti seperti LFA dan LC dibangunkan.
Boleh didapati dalam versi coupe dan convertible, LC Hokkaido Edition boleh dibezakan menerusi penggayaan rim aloi bersaiz 21 inci, kemasan gril hitam krom, dan set lampu belakang yang diberikan efek afterburner.
LC Hokkaido Edition ini hanya eksklusif dalam warna Flare Red, Sonic Platinum, F White, dan Graphite sahaja.
Untuk ruang kabin, Lexus membawakan pendekatan dua tona dark rose/hitam, konsol serta terowong tengah dengan kemasan upholsteri dark rose di mana pemilihan warna tersebut melambangkan sifat gunung berapi bagi wilayah tersebut.
Untuk pasaran Eropah, produksi LC Hokkaido Edition dihadkan sebanyak 40 unit untuk versi coupe dan 40 unit convertible sahaja.
Varian LC 500h dikuasakan oleh nadi 3.5 liter bentangan V6 dan motor elektrik berkembar dengan output gandingan 354 hp dan 500 Nm, sementara varian LC 500 pula mendapat enjin 5.0 liter V8 dengan output 471 hp dan daya kilas 540 Nm.