Lexus LC 500 Convertible Regatta Edition - inspirasi daripada dunia perlumbaan kapal layar

oleh Mohamad Hanif|
Diinspirasikan daripada perlumbaan kapal layar, Lexus telah mengemaskini penawaran kereta sports LC dengan pengenalan edisi baharu yang dikenali sebagai LC 500 Convertible Regatta Edition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara perubahan yang dibawakan termasuklah kemasan cat berwarna Structural Blue, struktur soft top berwarna Marine Blue, serta kemasan kulit berwarna putih dan biru yang direka untuk 'membangkitkan suasana marin yang serba mewah'.

 


Spesifikasi enjin masih lagi kekal dengan nadi bentangan V8 5.0 liter petrol yang menghasilkan 457 kuasa kuda dan 530 Nm daya kilas yang memacu roda belakang menerusi transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.

Dari segi prestasi, LC 500 mampu memecut sepantas 5 saat dari 0-100 km/j dan kelajuan tertinggi 257 km/j.

 


Menurut Lexus, tempahan untuk LC 500 Regatta Edition akan dibuka bermula 5 Ogos ini dan difahamkan, dan kurang daripada 10 unit sahaja akan ditawarkan untuk pasaran UK.

Harga jualan pula tidak didedahkan, namun sebagai makluman, harga jualan untuk model LC 500 varian premium bermula dari  £91,000 atau RM500 ribu mengikut kadar pertukaran matawang semasa.