Rekaan sayap ini merupakan kolaborasi Lexus bersama Yoshihide Muroya, seorang juruterbang perlumbaan serta pakar aerobatik berbangsa Jepun.
Komponen ini memiliki lebar sepanjang dua meter, dan unit prototaip pada mulanya dibina menggunakan bahan aluminium sebelum diproduksikan semula menggunakan bahan plastik bertetulang gentian karbon.
Menurut Lexus, sayap ini diinspirasikan daripada komponen sebenar jet pejuang untuk memaksimumkan prestasi aerodinamik.
Malah, Takumi atau pakar Lexus Yoshiaki Ito menjelaskan, "komponen sayap ini mampu menajamkan lagi pengendalian LC tanpa menggunakan bantuan downforce (daya turun).
Menerusi program Lexus Bespoke Build, pemilik LC boleh mendapatkan sayap gentian karbon ini dalam unit yang terhad, di mana sebelum ini ia turut ditawarkan kepada pelanggan di Jepun dan juga Australia.
Lexus telah pun bekerjasama dengan Yoshihide Muroya sejak tahun 2016 lagi, di mana pengeluar itu membantu membangunkan pesawat menggunakan kepakaran di dalam bidang aerodinamik, penyejukan dan ergonomik sehinggakan juruterbang itu berjaya memenangi Red Bull Air Race World Championship pada tahun berikutnya.