Lexus lancar LS generasi kelima - harga dari RM799k

oleh SALINA JALIL|
Jenama mewah Lexus hari ini melancarkan model termewah mereka, LS 500.

Sedan super mewah ini hanya dibina di satu kilang sahaja, iaitu dari kilang Lexus di Tahara, Jepun. Malah, semua model LS hanya datang dari kilang ini sahaja, membuktikan betapa pentingnya LS ini kepada Lexus.

Di samping itu, Lexus Malaysia turut menyambut ulangtahun mereka ke-10, dan sambutannya dilakukan sekali dengan pelancaran LS di Hotel St Regis Kuala Lumpur.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ada tiga varian untuk LS ini:

-  Lexus LS 500 Luxury – RM799,000
-  Lexus LS 500 Executive – RM999,000
-  Lexus LS 500h Executive (hybrid) – RM1,459,000

Harga-harga tersebut ialah harga atas jalan tanpa insuran. Lexus LS datang dengan pakej waranti lima tahun tanpa had perbatuan.

 

lexus 2

 

Di bawah ialah apa yang kami tahu mengenai model sedan paling mewah dari jenama Jepun itu.

LS ialah model pertama dihasilkan oleh Lexus, dan ia sebenarnya untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja. Kini, ia menjadi model global dan dijual di 90 buah negara.

LS generasi kelima diperkenalkan tahun lalu di Pameran Automotif Amerika Utara. 

 


Seperti LC 500 Coupe, LS menggunakan platform GA-L (GLobal Architecture - Luxury). Ini ialah platform khusus untuk semua kenderaan mewah RWD (pacuan roda belakang) dan juga platform paling kukuh (rigid) untuk Lexus - khusus untuk pengendalian lebih baik, kelancaran pemanduan dan kabin yang lebih senyap.

Ada 11 pilihan warna luar dan enam kombinasi warna dan kemasan kabin (bergantung pada varian).

Rekabentuk LS baharu menggabungkan dua ciri-ciri yang diminta oleh pasaran - sporty dan agresif tetapi tetap luas di dalam. Ia diberi nama rupa Sensual Aggressive.

 

Berbanding dengan LS generasi sebelumnya, LS generasi kelima ini ialah 28 mm lebih panjang (jarak roda juga jauh lebih panjang - tambahan 33 mm), 25 mm lebih lebar tetapi ia adalah 25 mm lebih rendah. Mungkin kerana itu ia nampak sangat sporty.

Gril hadapan Lexus LS ini menggunakan konsep yang sama dengan Lexus baharu yang lain. Rekabentuk "spindle" ini ialah umpama "kidney grille" pada BMW. Spindle bermaksud silinder tempat melilit benang kain.

Lampu hadapan ialah dari jenis LED dengan tiga-pancaran (three-beam), siap dengan LED DRL. 

Satu lagi yang menarik ialah dari sisi, anda akan lihat ada tingkap tambahan di belakang. Ini ialah Lexus sedan pertama dengan enam tingkap!  Menurut Lexus, ia membantu penglihatan.

Dari segi keluasan tempat letak barang atau but, ia cuma seluas 480 liter dan untuk varian hybrid, ia hanya sebesar 440 liter. Ya, but Perodua Bezza jauh lebih besar tetapi ini bukan kenderaan untuk balik kampung ya. Beg boleh disumbat di dalam kereta bodyguard.

Pintu but boleh dibuka dengan menendang kaki ke bawah bamper belakang.

 

 

 

Walaupun namanya LS 500, ia dijana oleh enjin 3.5 liter twin turbo V6 (petrol) yang mampu menghambur 415 hp pada 6,000 rpm serta kadar tork pada 600 Nm dari antara 1,600 rpm ke 4,800 rpm.

Transmisi ialah 10-kelajuan automatik Direct Shift.

Untuk varian LS 500h Executive, iaitu varian paling mahal dengan harga menghampiri RM1.5 juta, ia menggunakan enjin yang sama tetapi tanpa turbo.

 

lexus engine

 

Jika digabungkan dengan kuasa dari motor elektrik, jumlah tenaga terhasil ialah 354 hp. 

Transmisi untuk model hybrid itu ialah dari jenis Multi Stage Hybrid yang sebenarnya ialah gabungan dua jenis transmisi - transmisi automatik 4-kelajuan dan transmisi CVT untuk menghasilkan transmisi 10-kelajuan automatik. Kompleks kan?

 

 

 

Ketiga-tiga varian LS di Malaysia ini boleh mencapai kelajuan maksimum 250 kmsj. Pecutan dari 0-100 kmsj pula ialah 5.0 saat untuk dua varian enjin petrol itu. Varian hybrid yang mahal itu mengambil masa 5.4 saat untuk pecutan yang sama.

Penggunaan minyak memang menarik - 10L/100km untuk enjin 3.5L turbo petrol dan 6.6L/100km untuk enjin hybrid.

Sistem gantungan ialah dari jenis multi-link di hadapan dan sistem gantungan udara kawalan elektronik di belakang. 

Rim aloi bersaiz 20-inci digunakan dengan tayar 245/40 untuk hadapan dan 245/45 untuk tayar belakang.

Untuk LS 500 Luxury, sistem audio menggunakan 12 pembesar suara jenis Pioneer dengan amplifier 8-channel. 

 

 

Tempat duduk belakang boleh digerakkan sebanyak 18 cara (18-way power adjustable rear seat). 

Untuk LS 500 Executive dan LS 500h Executive, anda mendapat sistem audio Mark Levinson dengan 23 pembesar suara. Ya, 23 pembesar suara. Jangan ditanya mana ia disembunyikan.

Tempat duduk belakang boleh diubah sebanyak 22 cara siap dengan fungsi mengurut.

 

lexus massage seat

 

Terlalu banyak fungsi dan kelengkapan ultra mewah di dalam LS 500 kali ini dan jika mahu ditulis, memang akan mengambil masa.

Cuma satu yang perlu dikhabarkan - untuk kedua-dua varian Eksekutif, anda mempunyai pakej opsyenal Kiriko Cut Glass yang bernilai "hanya" RM98,000 di mana kemasan pintu akan mengandungi perhiasan cermin Kiriko dan juga kulit lipatan stail origami.

 

lexus door panel 1

 

Ini baru namanya kaya - bukan hanya gah dengan kereta mewah jenama barat dibeli terpakai dari Jepun atau UK. 

 

Kami akan paparkan video pandu uji Lexus ini bila diberi peluangnya kelak. 

 

 

lexus dashboard

 

door panel 3

 

lexus interior

 

Lexus rear

 

 

lexus 3

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…