Lexus IS generasi baharu bawakan rekaan lampu macam Lexus UX

oleh Mohamad Hanif|
Jika diikutkan garis masa model Lexus IS, memang sudah tiba masanya pengeluar kereta mewah dari Jepun itu perlu menggantikan model sedan pacuan roda belakang tersebut setelah tujuh tahun berada di dalam pasaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu petanda adalah kehadiran gambar teaser yang diterbitkan oleh Lexus yang memaparkan rekaan lampu belakang yang melintangi penuh bahagian tersebut - sama seperti rekaan lampu yang terdapat pada Lexus UX.

Selain daripada itu, sekali imbas model generasi baharu Lexus IS itu juga bakal membawakan diffuser belakang.

Walaupun imej teaser tersebut tidak memaparkan gambar muka hadapan, namun ia bakal menampilkan kemaskini yang menyamai rekaan Lexus ES, dengan sepasang lampu LED yang tajam serta rekaan gril ikonik Lexus.

Seperti yang telah ditunjukkan pada model UX, ES dan juga LS, rekaan dalaman Lexus IS juga diramalkan membawakan rekaan Lexus yang terkini, seperti konsol tengah minimalis, paparan kluster meter digital berbentuk bulat, dan skrin infotainmen bersaiz 10.25 inci.

Apakah perubahan lain yang bakal dibawakan oleh Lexus IS bagi memberikan saingan sengit kepada model seperti C-Class, A4, dan juga 3-Series?

Difahamkan, model ini akan diperlihatkan secara rasmi pada 9 Jun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi rakaman video, Daniel Bassett dikesan memandu sebuah Lexus IS generasi pertama sebelum…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, sedan terkecil Lexus itu dikuasakan oleh nadi bentangan V8 5.0 liter yang…
Berita Global
Lexus juga terkesan dengan perubahan trend ini, dan memutuskan untuk menghentikan penjualan tiga…