Lexus IS 500 F Sport Performance dapat nadi V8, 427 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Dihasilkan khusus untuk pasaran Amerika Syarikat, Lexus membawakan sebuah model sedan sports baharu, Lexus IS 500 F Sport Performance 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kehadiran frasa 'Performance' di belakang F Sport itu menandakan Lexus IS 500 F Sport Performance sebuah kenderaan yang lebih hardcore, dan jauh lebih bertenaga berbanding kenderaan F Sport standard.

Untuk itu, Lexus telah melengkapkan IS 500 F Sport Performance ini dengan enjin bentangan V8 5.0 liter menghasilkan 472 kuasa kuda @ 7,100 rpm dan 535.5 Nm @ 4,800 rpm.

 


Sayang sekali, model F Sport Performance ini hanya ditawarkan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan, namun dengan padanan kotak gear ini sedan IS 500 F Sport Performance mampu mencapai 0-96 km/j dalam masa 4.5 saat.

Sedan terkecil ini juga turut mendapat Dynamic Handling Package yang merangkumi beberapa ciri menarik seperti sistem suspensi adaptif, LSD daripada Torsen, serta peredam belakang prestasi daripada Yamaha yang mampu menambahbaik tahap kestabilan kenderaan.

 


Sistem brek pula dinaiktaraf kepada cakera aluminium 14.0 inci di hadapan, diikuti dengan rotor 12.7 inci di bahagian belakang, berbanding 13.1 inci dan 11.7 inci untuk model IS 350 F Sport.

Melindungi sistem brek tersebut adalah set rim Enkei bersaiz 19 inci untuk keempat-empat sudut.

 


Sama seperti model RC F dan IS F, Lexus IS 500 F Sport Performance ini mendapat sistem ekzos dengan dua tip berkembar dengan rekaan bertindih.

Sistem keselamatan turut dipertingkatkan dengan Lexus Safety System+ 2.5 yang merangkumi pengesanan pejalan kaki, bantuan stereng kecemasan, kawalan jelajah adaptif, amaran keluar laluan dengan bantuan stereng, bantuan suluhan tinggi dan banyak lagi.

 


Sementara ruang dalaman mendapat beberapa penambahbaikan seperti roda stereng dengan sistem pemanas terbina, panel instrumen dengan animasi permulaan yang unik, serta logo F Sport Performance.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mengikut spesifikasi, sedan terkecil Lexus itu dikuasakan oleh nadi bentangan V8 5.0 liter yang…