Lexus GX 2024 - SUV off-road dengan rekaan berkotak, nadi V6 354 PS, 650 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada model SUV off-road terbaharu daripada Lexus, iaitu Lexus GX 2024.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Sama seperti model GX yang terdahulu, GX 2024 masih lagi mengekalkan tradisi binaan body-on-frame berasaskan platform TNGA-F (Toyota Land Cruiser, Lexus LX) yang menjanjikan prestasi off-road mewah yang terbaik.

Rekaan luaran GX yang berkotak itu banyak mengingatkan kita kepada model Land Cruiser 70 Series, di mana elemen rekaan jeriji spindle berjaya diasimilasikan dengan baik.
 

Lexus


Selain itu, unit lampu utama juga turut menerapkan identiti lampu Lexus, diikuti dengan lampu belakang berbentuk bar nipis yang melintang penuh.

Dari segi ukuran, Lexus GX 2024 ini membawakan dimensi sepanjang 5,005 mm (+70 mm), lebar 2,117 mm (+95mm), tinggi antara 1,915-1,935 mm bergantung kepada pemilihan tayar, dan jarak antara roda kini bertambah 60 mm.

Tiada lagi enjin V8 yang ditawarkan, sebaliknya Lexus GX 2024 kini didatangkan dengan enjin bentangan V6 3.4 liter turbo berkembar dengan hamburan kuasa 354 PS dan 650 Nm, atau peningkatan sebanyak 48 hp dan 46 Nm berbanding enjin asal.
 

Lexus


Enjin baharu itu digandingkan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan, sistem pacuan 4WD sepenuh masa, pembeza gelincir terhad Torsen dan transfer case untuk memudahkan urusan penukaran antara 4H dan 4L yang lebih pantas.

Disebabkan itu, Lexus GX kini berkeupayaan untuk menunda muatan seberat 3,629 kg.

Pemanduan off-road turut ditambah baik menerusi kehadiran ciri Electronic-Kinetic Dynamic Suspension System (E-KDSS) yang akan menyahhubungkan bar anti-oleng, diikuti ciri Multi-Terrain Select (MTS), Crawl Control, Downhill Assist Control (DAC) dan 3D Multi-Terrain Monitor.
 

Lexus


Elemen rekaan yang berkotak pada bahagian luar itu turut diterapkan pada ruang kabin terutama pada susun atur papan pemuka.

Terdapat skrin sebesar 14 inci di bahagian tengah yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, butang kawalan iklim fizikal, skrin kluster digital 12.3 inci, serta butang fungsi khas yang didedikasikan untuk pemanduan off-road pada konsol tengah.

Secara standard, Lexus GX 2024 boleh memuatkan sehingga tujuh orang pada satu-satu masa, atau enam orang di mana terdapat opsyen untuk tempat duduk baris kedua boleh dilengkapi dengan kerusi kapten.
 

Lexus


Terdapat sehingga 12 tempat pemegang cawan, enam slot pengecasan serta inverter 120V yang tersedia, diikuti dengan balutan upholsteri kulit semi-aniline dan NuLuxe dalam warna Black, Dapple Gray dan Saddle Tan.

Lexus GX 2024 akan dipasang di kilang Tahara, Jepun dan dijangka mula dijual seawal tahun 2024.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kehadiran model SUV off-road baharu itu dilihat mampu mengisi ruang kosong di antara model Land…
Berita Global
Ia bukanlah Land Cruiser 300 Series seperti yang dijual dipasaran global lain, akan tetapi Land…