Lexus F SPORT Mode Black IV untuk IS 300, IS 300h, lebih sedekad masih segak

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lexus IS F SPORT Mode Black IV 2025
Lexus IS F SPORT Mode Black IV 2025
Tidak semua model kereta di pasaran baharu belaka. Ada yang sudah berusia lebih sepuluh tahun sebagai contoh Lexus IS.

Dikeluarkan sejak 2013, IS telah menjalani program rupa baharu pada 2017 dan 2020.

Kenapa terlalu lama di pasaran? Biarkan sahaja dan bukan senang hendak mencari sedan Jepun bernadikan enjin 5.0 liter V8.

Sejak generasi pertama berada di jalan raya pada 1999, IS dibuat untuk memaknakan keseronokan pemanduan sebagai sebuah sedan sport pacuan belakang.
Lexus IS500 F SPORT Performance
Lexus IS 500 F SPORT Performance

 

Berusia lebih 20 tahun, kira-kira 1.3 juta unit merentasi tiga generasi telah terjual di 40 buah negara serata dunia.

Terbaru Lexus memperkenalkan edisi istimewa F SPORT Mode Black IV untuk IS 300 dan IS 300h selain memperkemaskan penawaran IS 500.

Angka IV merujuk kepada model keempat dalam siri F SPORT Mode Black dan telah menerima sambutan baik setakat ini.

Di antara ciri khas seperti rim aluminium BBS warna hitam, perumah cermin sisi hitam dan riasan krom gelap, stereng balutan hitam dan perak dan kerusi balutan Ultrasuede®.

 

Lexus IS 300 F SPORT Mode Black IV 2025
Lexus IS 300 F SPORT Mode Black IV 2025

 

Turut dilengkapi Panoramic View Monitor dengan fungsi bawah lantai pandangan telus.

IS 300 F SPORT Mode Black IV digerakkan enjin 8AR-FTS 2.0 liter turbo yang menghasilkan 245 ps dari 5,200 sehingga 5,800 rpm dan 350Nm dari 1,650 sehingga 4,400 rpm.

Enjin dipadan bersama kotak gear lapan kelajuan Sport Direct Shift (SPDS).

Model hibrid IS 300h dibekalkan enjin 2AR-FSE 2.5 liter dengan transmisi e-CVT dan berkuasa 178 ps pada 6,000 rpm dan 221Nm dari 4,200 sehingga 4,800 rpm.

Motor elektrik memiliki kuasa 105 kW (143 ps) dan 300Nm. 

 

Lexus IS 300h L Sonic Chrome
Lexus IS 300h L Sonic Chrome

 

Ciri-ciri Lexus IS 300 dan 300h F SPORT Mode Black IV:

  • Rim aluminium tempa khas warna hitam dari BBS
  • Perumah cermin sisi warna hitam dan riasan krom gelap
  • Bingkai tingkap besi tahan karat warna hitam
  • Kerusi sport balutan Ultrasuede® (Fungsi memori untuk pemandu, pengudaraan dan pemanas untuk kerusi depan)
  • Stereng dan tombol gear balutan kulit bertekstur 
  • Meter TFT 8 inci khas dengan paparan pembukaan khas, paparan maklumat berbilang warna dan fungsi peringatan tempat duduk belakang.
  • Panoramic View Monitor dengan fungsi paparan bawah lantai
  • Beg udara sisi SRS untuk penumpang belakang

Selain itu, pembeli IS 300h boleh memesan penahan pada tingkap pintu untuk laluan kabel kuasa dan mencegah tempias hujan atau serangga.

 

 Lexus IS 300 F SPORT
 Lexus IS 300 F SPORT

 

Untuk IS 500, kerusi balutan kulit warna hitam, putih dan flared red ditawarkan sebagai pilihan dan beberapa lagi variasi dalaman ditambah. 

Perumah cermin sisi berwarna hitam dengan riasan krom gelap.

Pengenalan ini bermakna kitaran hayat produk IS masih lagi bersambung.

Syabas juga kepada pereka kerana sedan yang berusia lebih sedekad masih nampak segak dan elok.

 

Lexus IS 300 F SPORT 2025

 

Model dan harga

Model Enjin dan pacuan Harga (¥) Harga (RM)
IS 300h F SPORT Mode Black IV 2AR-FSE 2.5L hibrid / 2WD (FR) ¥6,350,000 RM180,577
IS 300h Version L ¥6,010,000 RM170,900
IS 300h F SPORT ¥5,810,000 RM165,213
IS 300h ¥5,270,000 RM149,857
IS 500 F SPORT Performance 2UR-GSE 5.0L V8 / 2WD (FR) ¥8,500,000 RM241,717
IS 300 Version L 8AR-FTS 2.0L turbo / 2WD (FR) ¥5,560,000 RM158,104
IS 300 F SPORT Mode Black IV ¥5,900,000 RM167,780
IS 300 F SPORT ¥5,360,000 RM152,417
IS 300 ¥4,810,000 RM136,776

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 Lexus IS500 F SPORT Performance
Lexus IS500 F SPORT Performance

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan Luaran Dipertajam Dari segi luaran, Lexus IS 2026 tidak berubah secara radikal, namun…
Berita Global
Menerusi rakaman video, Daniel Bassett dikesan memandu sebuah Lexus IS generasi pertama sebelum…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, sedan terkecil Lexus itu dikuasakan oleh nadi bentangan V8 5.0 liter yang…