Lexus ES 250 kini dibuka untuk tempahan - dua varian, bermula dari RM299,888

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam usaha untuk mempelbagaikan lagi model sedan premium di Malaysia, Lexus Malaysia kini telah membuka tempahan bagi model Lexus ES bermula 1 Julai 2019. 

Lexus ES merupakan antara model yang paling berjaya di dalam rangkaian produk Lexus, dengan jumlah jualan melebihi 2.3 juta unit di seluruh dunia sejak pengenalannya 30 tahun yang lalu. 

Generasi ketujuh Lexus ES kini membawakan satu definisi kemewahan yang serba baharu yang menawarkan kemasan yang lebih teliti, digabungkan dengan prestasi dan ciri keselamatan terkini. 
 


Lexus ES bakal ditawarkan dalam dua varian utama, iaitu Luxury dan Premium, dan kedua-duanya dikuasakan oleh enjin 2.5 liter Dynamic Force (204 hp, 243 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik Direct Shift lapan nisbah kelajuan.

Varian Luxury merupakan versi tertinggi yang membawakan ciri seperti tempat duduk boleh laras dengan 10 tetapan, tempat duduk belakang berkuasa, kawalan iklim tiga zon, paparan head-up, skrin paparan 12.3 inici Electro Multi-Vision Display. 

Selain daripada itu, ciri Sistem Suluhan Tinggi Adaptif (AHS) dengan tiga Bi-Beam LED pula mampu menerangi kegelapan malam tanpa menyebabkan kesukaran penglihatan oleh pemandu dari arah hadapan. 
 


Apa yang pasti, kedua-dua varian Lexus ES bakal membawakan ciri keselamatan yang setanding, terima kasih kepada Lexus Safety System (LSS+) yang merangkumi ciri seperti:

  • Bantuan Kesan Laluan (LTA)
  • Amaran Keluar Laluan (LDA)
  • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS)
  • Kawalan Pelayaran Radar Dinamik (DRCC)

Terdapat tujuh warna luaran dan dua warna dalaman ditawarkan kepada para pembeli Lexus ES. 
 


Harga jualan Lexus ES 250 yang diimport sepenuhnya itu bermula dari RM299,888 dan didatangkan dengan jaminan lengkap selama lima tahun tanpa had perbatuan. 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi luaran, Lexus RX 500h F Sport ini membawakan kit badan yang jauh lebih sporti, dengan…
Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,875 unit terdiri daripada kenderaan berjenama Toyota, manakala…
Berita Domestik
Dikendalikan oleh PCM Klang Motor Sdn Bhd, Pusat Pameran Lexus Klang ini telah pun beroperasi sejak…