Lexus ES 250 2021 facelift - tiga varian, harga bermula dari RM296k

oleh Mohamad Hanif|
Lexus Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan versi facelift kepada sedan eksekutif Lexus ES 250 setelah ia diperkenalkan di peringkat global pada bulan April yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk pasaran Malaysia, Lexus menawarkan ES 250 dalam tiga varian utama, dimulakan dengan ES 250 Pemium, ES 250 Luxury dan disertai dengan varian sporti ES 250 F Sport.

Dari segi penampilan, Lexus ES membawakan perubahan dari segi elemen rekaan gril spindle, sementara varian F Sport pula menampilkan corak mesh elemen L bersilang yang dikemaskan dengan warna metalik gelap.
 

ES


Unit lampu standard adalah jenis projektor Bi-LED untuk varian ES 250 Premium, namun untuk dua varian tertinggi Luxury dan F Sport pula didatangkan dengan lampu LED tiga tahap ultra kompak dengan unit lampu nyalaan siang rekaan baharu.

Rim yang digunakan bersaiz 18 inci dengan kemasan Dark Grey Metallic untuk varian Premium, sementara varian F Sport pula dipasangkan set rim aloi khas bersaiz 19 inci dengan kemasan Dark Premium Metallic.

Ruang kabin Lexus ES 250 menampilkan beberapa tema warna baharu seperti berikut:

  • kemasan hitam dengan Black Walnut (ES Premium & Luxury)
  • kemasan Brown Walnut dengan balutan kerusi hazel (ES Premium & Luxury)
  • kemasan Black Walnut dan balutan Mauve (ES Luxury)
  • kemasan aluminium dan balutan Flare Red/Black (F Sport sahaja)

 

ES


Rekaan papan pemuka didatangkan dengan skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci yang telah dialihkan kedudukannya 112 mm lebih dekat dengan penumpang, dan sudut 5 darjah yang dicondongkan ke arah pemandu.

Selain daripada itu, Lexus ES turut menyediakan sokongan pengecasan USB Type-C, serta penjana ion Nanoe-X yang mampu memperbaiki kualiti udara dalam kabin, sekaligus menjadi model Lexus pertam yang memperkenalkan ciri ini sebagai standard.

Sementara varian F Sport pula menampilkan roda stereng F Sport balutan kulit, tombol gear kulit, pedal sport dan perehat kaki aluminium, jam analog dengan pencahayaan grafik bentuk L yang unik, gelung logam elektrik dengan kesan 3D yang sama didapati pada model Lexus LFA.

Tidak ketinggalan, sistem penderia khas yang dipasang dan sistem penggera akan berbunyi ketika mengesan kedudukan condong bagi mengelakkan sebarang kes kecurian.
 

ES


Dari segi kuasa, Lexus ES 250 dilengkapi dengan enjin A25A-FKS 2.5 liter yang mampu menghasilkan 204 hp @ 6,600 rpm dan daya kilas 247 Nm @ 5,000 rpm yang memacu roda depan menerusi transmisi automatik Direct-Shift lapan nisbah kelajuan.

Pecutan 0-100 km/j boleh diselesaikan dalam masa 9.1 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 210 km/j.

Untuk model ES 250 Luxury dan F Sport, kedua-dua model ini dipasangkan dengan penyerap hentak jenis prestasi.

Ciri keselamatan Lexus Safety System+ merangkumi komponen seperti Sistem Pra-Pelanggaran (PCS) yang telah dikemaskini dengan ciri pengesanan pengayuh basikal waktu siang dan pejalan kaki, Amaran Lintasan Trafik Belakang dan Brek Sokongan Parkir (PKSB).  
 

ES


Selain daripada itu, terdapat juga ciri Kawalan Jelajah Radar Dinami (DRCC), Bantuan Pengekalan Lorong, Bantuan Mengesan Lorong (LTA), Amaran Penukaran Lorong (LDA) dan Bantuan Lampu Tinggi Adaptif (AHS) dengan ciri BladeScan bagi mengurangkan kadar silau yang terpaksa dihadapi oleh pemandu arah bertentangan.

Lexus ES 2021 boleh didapati pada harga bermula dari RM295,663.50 (Premium), sementara Lexus ES 250 Luxury pula berharga RM329,910.50.

Model yang lebih sporti F Sport pula dijual pada harga bermula RM345,134.00, di mana kesemua harga yang disebut di atas tidak termasuk insurans dan dengan pengecualian SST sehingga hujung tahun ini.

 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi luaran, Lexus RX 500h F Sport ini membawakan kit badan yang jauh lebih sporti, dengan…
Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,875 unit terdiri daripada kenderaan berjenama Toyota, manakala…
Berita Domestik
Dikendalikan oleh PCM Klang Motor Sdn Bhd, Pusat Pameran Lexus Klang ini telah pun beroperasi sejak…