Lexus ES 2026, reka bentuk baharu, EV dan hibrid!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lexus ES 2026
Lexus ES 2026
Selang beberapa ketika, pengeluar kereta tampil dengan reka bentuk revolusi berbanding evolusi.

Contoh terdekat boleh dilihat pada reka bentuk kenderaan BMW yang sekarang ini semakin robotik.

Perubahan begini memancing perhatian selain menyegarkan pandangan terhadap sesebuah jenama.

Di antara jenama yang hadir dengan rekaan tersendiri ialah Lexus. Spindle Grille menonjol satu ketika dahulu namun semakin biasa pada hari ini.
Lexus ES 2026

 

Tambahan pula, beberapa rekaan model Toyota semakin menghampiri Lexus. Ini lah masa yang tepat untuk Lexus membuat anjakan.

Model pertama yang dijadikan wakil ialah Lexus ES generasi kelapan yang membuat penampilan sulung di di Pameran Auto Shanghai 2025.

ES mula diperkenalkan bersama model andalan Lexus LS pada tahun 1989 dan sejak itu menjadi salah satu model teras dalam barisan Lexus.

ES diperakui dari segi tahap kesenyapan, keselesaan pemanduan serta ruang dalaman yang luas dan dijual di lebih 80 negara dan wilayah di seluruh dunia.

 

Lexus ES 2026

 

Mengangkat konsep Experience Elegance and Electrified Sedan, ES baharu ini bukan sahaja memperlihatkan pendekatan rekaan yang lebih moden.

Dibina berasaskan pelantar TNGA GA-K, ES generasi kelapan ini ditawarkan dalam pilihan rangkaian kuasa hibrid elektrik (HEV) dan kenderaan elektrik bateri (BEV).

Pembangunan ES dilakukan di Toyota Technical Center Shimoyama (TTC-S), Jepun.

 

Lexus ES 2026

 

Rekaan luaran diinspirasikan model konsep LF-ZC dan lupakan mengenai permukaan badan yang tenang kerana LS sarat dengan garisan pelbagai arah dan lekukan.

LS ibarat sebuah kertas kosong yang diconteng sepuas hati.

Bahagian dalam tampil dengan dua inovasi utama iaitu Responsive Hidden Switches yang menyepadukan kawalan fizikal ke dalam bahagian dalaman untuk kefungsian dan sofistikated.

Sensory Concierge pula sistem pertama Lexus yang menyelaras pencahayaan, suhu dan wangian kabin.

 

Lexus ES 2026

 

Spesifikasi Utama Lexus ES Baharu (Nilai Prototaip)

Varian Ditawarkan

HEV

  • ES 300h [2WD (FF) / AWD]
  • ES 350h [2WD (FF) / AWD]

BEV

  • ES 350e [FWD]
  • ES 500e [AWD]

Dimensi

  • Panjang keseluruhan: 5,140 mm (+165 mm berbanding model terdahulu)
  • Lebar keseluruhan: 1,920 mm (+55 mm)
  • Tinggi keseluruhan:
    • ES 300h: 1,555 mm (+110 mm)
    • ES 350h: 1,560 mm (+115 mm)
  • Jarak roda: 2,950 mm (+80 mm)

Berat 

  • ES 300h (HEV): 1,785–1,840 kg, ES 350h (HEV): 1,820–1,935 kg
  • ES 350e (BEV): 2,105–2,185 kg, ES 500e (BEV): 2,205–2,285 kg

Saiz Tayar

  • 235/60R18, 235/55R19, 235/45R21

Enjin dan Sistem Pemacuan

  • ES 300h: Enjin 2.0L empat silinder sebaris (NA)* – hanya untuk 2WD (FF)
  • ES 350h: Enjin 2.5L empat silinder sebaris (NA)
  • ES 350e (BEV): Tiada enjin pembakaran – pacuan elektrik (eAxle depan)
  • ES 500e (BEV): Pacuan elektrik eAxle (depan/belakang)

Output Sistem (kW [PS])

  • ES 300h: 145 kW [197.1 PS]
  • ES 350h: 148 kW [201.2 PS]
  • ES 350e: 182 kW [247.4 PS]
  • ES 500e: 252 kW [342.6 PS]

Pecutan 0–100 km/j

  • ES 300h: 9.4 saat
  • ES 350h: 8.3–8.5 saat
  • ES 350e: 7.8–8.0 saat
  • ES 500e: 5.9 saat

Jarak Pemanduan (BEV sahaja)

  • ES 350e: Kira-kira 685 km (mod CLTC, tayar 19 inci)
  • ES 500e: Kira-kira 610 km (mod CLTC, tayar 19 inci)

Masa Pengecasan (DC 150 kW, 10–80%)

  • Suhu 25°C: Lebih kurang 30 minit
  • Suhu 0°C: Lebih kurang 40 minit
  • Suhu -10°C: Lebih kurang 60 minit

Berdasarkan masa dari lampu amaran bateri hingga mencapai 80% SoC.

 

Lexus ES 2026

 

ES model kedua daripada tiga kenderaan BEV baharu Lexus yang dijadualkan diperkenalkan menjelang Mac 2026.

Pelancaran berperingkat akan bermula sekitar pertengahan tahun 2026 di pelbagai rantau seluruh dunia.

Dengan ES baharu ini, Lexus bukan sekadar memperkenalkan sedan generasi akan datang, tetapi juga memulakan fasa baharu dalam era elektrifikasi dan kemewahan pintar.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lexus ES 2026

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Untuk pasaran Malaysia, Lexus menawarkan ES 250 dalam tiga varian utama, dimulakan dengan ES 250…
Berita Global
Langkah tersebut kemudian diikuti oleh Audi menerusi model e-tron yang turut menggunakan teknologi…
Model Terbaharu
Dalam usaha untuk mempelbagaikan lagi model sedan premium di Malaysia, Lexus Malaysia kini telah…