Lexus Electrified Sports Concept - pewaris sah LFA

oleh Mohamad Hanif|
Penghujung tahun lalu, Toyota dan Lexus memperlihatkan barisan model-model berkuasa elektrik yang bakal menerjah pasaran pada masa akan datang.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Salah satu daripadanya merupakan Lexus Electrified Sports Concept dengan reka bentuk seperti supercar yang sebenar.
 

LEXUS


Malah, Lexus juga tidak segan silu menyifatkan model Lexus Electrified Sport Concept sebagai pewaris rohaniah kepada Lexus LFA, di mana ia akan turut menampilkan 'elemen rahsia' yang wujud dari supercar bernadikan V10 itu.

Menurut Lexus, supercar berkuasa elektrik ini mampu memecut dari pegun ke 100 km/j di bawah julat masa dua saat, serta jarak pemanduan sejauh 700 km terima kasih kepada penggunaan teknologi bateri jenis solid-state.
 

Lexus


Dengan langkah elektrifikasi yang dijalankan ini, Lexus mahu setiap kenderaan elektrik yang bakal ditawarkan kelak mampu meningkatkan lagi keseronokan pemanduan yang boleh dinikmati oleh setiap pelanggannya.

 

Lexus LFA Concept

 

Lexus LFA Nurburgring Edition

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Presiden Antarabangsa Lexus, Takashi Watanabe menjelaskan kepada Automotive News, "adalah…
Berita Global
Namun begitu, Lexus masih lagi percaya disebalik obsesi ramai pihak terhadap SUV, masih wujud…
Berita Global
Sedan sporti ini sebenarnya merupakan versi tukar lencana daripada model Chery Arrizo 5 GT yang…