Lexus dedah teaser LX generasi baharu, pelancaran rasmi 13 Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
SUV saiz penuh mewah Lexus LX generasi ketiga (kongsi platform Land Cruiser) telah pun lama wujud sejak tahun 2007 lagi, dan sejak daripada itu model SUV ini telah pun menerima beberapa model facelift sehinggalah kali terakhir pada tahun 2015.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kini, Land Cruiser telah pun berganti dengan generasi baharu, dan Lexus juga tidak ketinggalan untuk mendedahkan sedikit teaser bagi generasi baharu Lexus LX yang bakal dilancarkan pada 13 Oktober ini.

Teaser itu menampakkan rekaan belakang Lexus LX yang menampilkan rekaan lampu belakang LED berbentuk L yang dihubungkan oleh jalur LED, serta perkataan LEXUS bagi menggantikan logo yang biasa digunakan.

Kelibat lencana LX 600 pada pintu tailgate turut mengesahkan lagi kehadiran model generasi baharu itu.

 


Lexus LX dibangunkan menggunakan platform TNGA-F yang sama digunakan pada Toyota Land Cruiser, di mana ia bakal ditawarkan dalam beberapa varian seperti:

  • LX 600 - enjin 3.5 liter V6 turbo berkembar (409 hp/650 Nm)
  • LX 571h - enjin 3.5 liter V6 dan motor elektrik (480 hp/871 Nm)

Sistem transmisi pula adalah jenis automatik dengan 10 nisbah kelajuan, di mana ia menyalurkan kuasa kepada sistem pacuan empat roda.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Automotive News, Lexus dikatakan telah menutup buku tempahan bagi model LX…