Lexus dedah lebih gambar model konsep Electrified Sedan

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi pendedahan mega yang dibuat oleh Toyota pada penghujung tahun 2021, pengeluar itu memperlihatkan tidak kurang daripada 15 buah kereta konsep EV, termasuk tujuh daripadanya untuk jenama mewah Lexus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada tujuh model tersebut, kita sudah pun mengetahui bahawa Lexus bakal melancarkan SUV elektrik daripada platform e-TNGA, iaitu RZ 450e, diikuti dengan SUV bersaiz yang lebih besar, serta sebuah model pengganti kereta sports LFA.

Baca: Lexus RZ 450e

Baca: Lexus Electrified SUV

Menerusi laman mikroblog Twitter, Lexus mendedahkan perincian bergambar berkenaan model konsep sedan elektrik yang dinamakan sebagai Lexus Electrified Sedan Concept.
 

Lexus


Lexus Electrified Sedan ini mempunyai rekaan hadapan yang agak agresif dengan kehadiran liang udara yang besar, diikuti liang di bahagian sisi serta kehadiran liang udara pada bahagian hud.

Berdasarkan rekaan tadi, terdapat kemungkinan model konsep ini sebenarnya bukan sebuah EV, akan tetapi sebuah sedan plug-in hybrid, namun tanpa kehadiran paip ekzos di bahagian belakang.
 

Lexus


Di bahagian sisi, sedan ini membawakan persamaan rekaan dengan model IS, namun dengan garis bumbung yang menghilangkan terus rekaan tipikal sedan tiga kotak sebelum diakhiri dengan kehadiran spoiler ekor itik.

Tiada sebarang perincian berhubung unit trenkuasa yang bakal dimuatkan pada sedan ini.

Sumber: Twitter Lexus