Dapatan kajian menunjukkan purata industri ialah 186 PP100 dan lebih baik berbanding 2022 dengan peningkatan 6 PP100.
Secara ringkas, terdapat 186 masalah untuk setiap 100 kenderaan.
Di dalam kajian itu, jenama massa mencatatkan 182 PP100 atau 8 PP100 lebih rendah berbanding tahun lalu dan 23 PP100 lebih rendah berbanding jenama premium (205 PP100).
Jurang di antara dua segmen itu paling besar sejak kajian dimulakan 34 tahun lalu dan cerminan kepada trend yang bermula sejak 2016.
Kenapa wujud perbezaan? Menurut J.D. Power, jenama premium biasanya mempunyai lebih banyak teknologi dan lebih rumit dan dari situ timbul masalah tambahan.
Di antara masalah yang dihadapi bermula dari 90 hari hingga tiga tahun pemilikan ialah kegagalan bateri, peta yang luput, Android Auto/Apple Car Play dan pengecaman suara.
J.D Power telah merekabentuk semula kajian pada 2022 untuk merangkumi ciri-ciri dan teknologi pada kenderaan hari ini.
Kajian terbaru ini merangkumi 184 masalah spesifik di dalam sembilan kategori utama seperti penyaman udara, bantuan pemanduan, pengalaman pemanduan dan luaran.
Turut dinilai, ciri-ciri/kawalan/paparan, info hiburan, dalaman, rangkaian kuasa dan kerusi.
Berikut di antara dapatan J.D. Power VDS AS 2023:
- Produk Toyota Motor Corporation mendominasi majoriti segmen (Lexus NX, Lexus RX, Toyota C-HR, Toyota Highlander, Toyota Sienna, Toyota Tacoma)
- BMW AG dan General Motors Company di tempat kedua dengan masing-masing menerajui empat segmen
- Model paling boleh diharap: Lexus RX dan Toyota C-HR
- Jenama premium terbaik: Lexus (133 PP100)
- Jenama massa terbaik: Kia (152 PP100)
Kedudukan keseluruhan mengikut jenama (sepuluh teratas)
- Lexus - 133 PP100 (jenama premium)
- Genesis - 144 PP100
- Kia - 152 PP100 (jenama massa)
- Buick - 159 PP100
- Chevrolet - 162 PP100
- Mitsubishi - 167 PP100
- Toyota - 168 PP100
- Hyundai - 170 PP100
- MINI - 170 PP100
- Nissan - 170 PP100
Penulis: Muhammad Md Tajudin / Sumber: J.D. Power 2023 U.S. Vehicle Dependability Study