Lexus catat kadar kepuasan pelanggan paling tinggi buat kali ketiga - kajian Driver Power

oleh Mohamad Hanif|

Sebagai sebuah jenama berasal daripada Toyota, Lexus kini dinobatkan sebagai jenama paling dipercyai oleh pelanggan berdasarkan kajian Driver Power oleh Auto Express. 

Ia merupakan kejayaan ketiga yang dimenangi oleh Lexus dengan kadar kepuasan yang tertinggi setakat ini, 92.06%

Bukan itu sahaja, model-model Lexus juga mendominasi beberapa kategori yang dipertandingkan seperti:

Best Premium Large SUV
Lexus RX

Best Sports Car
Lexus RC

Best Executive Car 
Lexus GS

Best Compact Executive Car
Lexus IS

Best Car of The Year 
Lexus IS (pingat perak)

 


Turut sama menarik perhatian ialah jenama Alfa Romeo yang menuruti rapat di belakang Lexus dengan kadar kepuasan 92.04%, selain memenangi anugerah di dalam kategori enjin, transmisi dan kategori pemanduan dan pengendalian (ride & handling). 

Kia di tempat ketiga ternyata memberikan kepuasan dari segi kos servis, kadar kebolehpercayaan, sistem infotainmen serta praktikaliti model-model jualannya.

 


Enam daripada 10 tempat teratas dikuasai oleh jenama-jenama negara matahari terbit, dan lebih mengejutkan jenama-jenama premium Jerman seperti Mercedes-Benz, BMW dan Audi tidak tersenarai dalam senarai tersebut.

Berikut merupakan kedudukan 10 tempat teratas menurut kajian Driver Power oleh Auto Express

1. Lexus (92.06%)

2. Alfa Romeo (92.04%)

3. Kia (91.54%)

4. Mazda (91.51%)

5. Skoda (91.36%)

6. Subaru (91.09%)

7. Honda (90.97%)

8. Suzuki (90.75%)

9. Jaguar (90.72%)

10. Toyota (90.54%)

 

Sumber: AM Online

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  Bercakap kepada wartawan di SMJK Sam Tet, Faizal mengatakan bahawa dia telah menyerah Camrynya…
Berita Global
Walaupun tidak menggunakan platform serba baharu, Lexus IS ternyata membesar dari segi dimensi di…
Berita Global
Salah satu petanda adalah kehadiran gambar teaser yang diterbitkan oleh Lexus yang memaparkan…