Lexus beri jaminan 1 juta km untuk bateri EV pada UX 300e

oleh HEZERI SAMSURI|
Lexus UX 300e yang telah mula dijual di China dan akan membuat pengenalan di Eropah hujung tahun ini mempunyai jaminan bateri paling lama dalam pasaran - 1,000,000 km atau 10 tahun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berita ini mengejutkan kerana Lexus itu menggunakan bateri sejukan udara, sama seperti yang digunakan oleh Nissan Leaf.

Bateri sejukan udara diketahui sebagai tidak selasak bateri sejukan cecair seperti yang digunakan oleh Tesla.

Namun begitu, Lexus nampaknya menggunakan sistem penyejukan aktif yang sama seperti Renault Zoe. Bateri disejukkan menggunakan pendingin udara bagi mengekalkan tahap suhu yang optimum.

Nissan pula masih setia dengan bateri penyejukan udara pasif, bermakna ia tidak bersambung dengan sistem pendingin hawa kabin. 

Mengikut kajian Careta sendiri, keadaan bateri (State Of Health) pada Renault Zoe di Malaysia selepas lima tahun masih pada kadar 95 peratus ke atas.

Namun begitu, bateri Leaf tidak sebaik itu kerana ia hanya menggunakan udara dari persekitaran untuk menyejukkan bateri tersebut.

Penyelidikan tentang kenderaan EV lebih bertumpu di negara-negara barat dan China di mana suhunya lebih rendah dan stabil. Suhu bagi negara tropikal pula jauh lebih tinggi dan tidak konsisten. Ditambah dengan kadar kelembapan tinggi yang mampu menjadikan keadaan lebih parah.

Pada pendapat Careta, bateri pada Lexus UX ini mempunyai daya kelasakan yang lebih kuat dari Nissan Leaf dan akan setanding dengan Renault Zoe.

Namun begitu, waranti 1 juta km ini mungkin gah pada bunyi sahaja kerana jika dikira, anda perlu memandu sejauh 100,000 km setahun, satu jarak yang tinggi kerana secara purata, kenderaan di Malaysia dipandu pada jarak 20k ke 30k setahun.

Apapun, harga Lexus UX 300e ini di China ialah RM235,000 - cukup menarik sebenarnya kerana ia mampu dipandu sejauh 400 km dengan sekali caj.

Lebih dari cukup untuk pemanduan urban.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…