Lexus Alphard tunggu masa untuk dilancarkan - Presiden Lexus Manila

oleh Mohamad Hanif|
Lexus sehingga kini tidak mempunyai sebarang penawaran bagi segmen van atau MPV oleh kerana sebagai sebuah jenama mewah, sedan dan juga SUV mewah sudah cukup untuk memenuhi keperluan hartawan, dermawan dan negarawan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun begitu, jauh di sudut pasaran lain terutama di Asia, MPV masih (dan mungkin) merupakan nadi utama untuk membawa ahli keluarga (dan isteri empat) dengan selesa. 

Untuk itu, menurut Presiden Lexus Manila Raymond Rodrigues, Alphard versi Lexus hanya kini menunggu masa untuk dilancarkan. 

Beliau turut berseloroh "Lexus Alphard sebenarnya merupakan salah satu idaman saya!"
 


Ketika disoal, Rodriguez menjawab pengenalan sebuah van mewah seperti Lexus Alphard mampu menjadi alternatif kepada penguasaan pengeluar jenama mewah seperti Mercedes-Benz yang menjual van penumpang mewah di pasaran Asia, khususnya di Filipina. 

Di sesetengah pasaran, Toyota Alphard dan Vellfire sememangnya merupakan pilihan utama para pemandu dan syarikat limosin untuk membawa para tetamu kehormat dan VIP oleh kerana ciri keluasan ruang kabin yang ditawarkan.

Jika sebuah Alphard dan Vellfire sudah tersedia mewah, Lexus sebagai sebuah jenama mewah perlu melakukan pendekatan yang berlainan bagi membezakan antara Alphard yang lebih murah dengan Lexus Alphard yang bakal diperkenalkan. 

Sudah tentu ciri seperti trim mewah, bahan premium dan teknologi terkini adalah caturan Lexus bagi menjadikan Alphard versi mewah ini mampu menarik perhatian pasaran. 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…
Berita Global
Menurut laporan Forbes yang memetik kata-kata eksekutif Toyota, syarikat itu sedang merancang untuk…