Lewis kesal tolak tawaran Tom Cruise berlakon filem Top Gun: Maverick

oleh Mohamad Hanif|
Bintang dunia lumba kereta, Lewis Hamilton, mendedahkan dia terpaksa menolak tawaran untuk muncul sebagai juruterbang pesawat tempur dalam filem Tom Cruise Top Gun: Maverick kerana komitmennya pada Formula Satu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Juara dunia tujuh kali itu memberitahu Vanity Fair bahawa dia sangat ‘terdesak’ untuk mendapat watak dalam filem berkenaan.

“Saya ini rakan kepada Tom Cruise. Dia pernah mempelawa saya ke set penggambaran beberapa tahun lalu ketika dia sedang menjayakan filem Edge of Tomorrow. Sejak itu kami membina persahabatan,” ujar pemandu Mercedes berusia 37 tahun itu.

Hamilton berkata, dirinya merupakan peminat setia filem asal Top Gun terbitan tahun 1986.

 


“Apabila saya mendapat tahu satu lagi filem sedang disiapkan, saya seperti ‘Oh Tuhan, saya mesti bertanyakan kepadanya’. Saya kata ‘Saya tak peduli watak apa pun… Saya malah boleh tukang sapu, jadi tukang pembersih di latar belakang,” kata Hamilton.

Apabila tiba peluang yang diidamkan iaitu ditawarkan watak juruterbang, Hamilton bagaimanapun terpaksa menolaknya, sambil menyifatkan penolakan itu sebagai ‘perkara paling mengecewakan dalam hidupnya’.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…
Berita Global
Kemalangan itu dipercayai berlaku di jalan terowong Penmaenbach yang terletak di Conwy, Wales di…
Berita Global
Biarpun bertukar pasukan, beliau tidak membatalkan tempahan untuk model edisi terhad Mercedes-AMG…