Lewis Hamilton umum kontrak baharu dengan Mercedes-AMG F1 untuk tahun 2021

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba sensasi Formula One, Lewis Hamilton akhirnya mengumumkan kontrak baharu yang ditandatangani bersama pasukan Mercedes selama satu tahun untuk tahun 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini bermakna, pemandu berusia 36 tahun itu bakal memasuki musim kesembilan berlumba untuk pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1 untuk tahun ini.

Menurut Hamilton, "saya amat teruja untuk berlumba di dalam musim yang kesembilan bersama-sama rakan sepasukan Mercedes.

"Pasukan kami telah mencapai banyak kejayaan yang luar biasa, dan kami berharap agar dapat meneruskan kejayaan ini lebih baik,  selain berterusan mencari penambahbaikan baik di dalam litar mahupun di luar.

Hamilton akan digandingkan sekali lagi dengan rakannya Valtteri Bottas di mana kontrak beliau juga turut dilanjutkan selama satu tahun seperti yang diumumkan Ogos lalu.

Pengesahan kontrak Hamilton bersama pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1 ini menandakan grid Formula One tahun 2021 telah pun lengkap, dan ini bermakna juara dunia tujuh kali itu bakal memburu gelaran yang kelapan untuk musim kali ini!

Sumber: Formula One

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…