Lewis Hamilton saran peminat lawat Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Lewis Hamilton kembali ke London selepas mengunjungi Menara Berkembas Petronas di Kuala Lumpur.

Juara dunia Formula 1 tujuh kali itu singgah di Kuala Lumpur dari Melbourne selepas menyertai Grand Prix Australia hujung minggu lalu.

Walaupun Petronas menaja pasukan Mercedes, Hamilton tidak pernah mengunjungi ibu pejabat syarikat itu dan mengakui menikmati kunjungannya itu.

Pelumba 37 tahun itu turut berkongsi gambar-gambar dari puncak menara berkenaan dan menggesa pengikutnya untuk pergi ke sana.

 


"Selepas 10 tahun bersama @Petronas ini kali pertama saya berada di tingkat paling atas. Pemandangan menarik Kuala Lumpur, tempat ini amat cantik seperti penduduk Malaysia.

"Anda perlu datang ke sini jika belum pernah," kata Hamilton di Instagram.

Hamilton tiba di London pagi tadi dan kini tumpuannya kembali terarah untuk Grand Prix Emilia Romagna minggu depan.

Hamilton mengharungi permulaan sukar musim ini, menduduki tempat ketiga di Bahrain, ke-10 di Arab Saudi dan keempat di Melbourne.
 

Hamilton


Sumber: Agensi menerusi Berita Harian

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
  Menurut laporan, langkah yang dibuat pasukan Ferrari itu bagi mengembalikan semula status mereka…
Berita Global
Juara dunia tujuh kali itu memberitahu Vanity Fair bahawa dia sangat ‘terdesak’ untuk mendapat…
Sukan Bermotor
Juara dunia tujuh kali itu menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 di Grand Prix Emilia Romagna,…