Lewis Hamilton sambung kontrak dua tahun dengan Mercedes-AMG PETRONAS F1

oleh Mohamad Hanif|
Juara dunia Formula One tujuh kali berturut-turut, Lewis Hamilton bakal meneruskan khidmat beliau bersama pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1 untuk tempoh sehingga akhir 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Lewis, "sukar untuk percaya saya sudah berada dalam pasukan yang hebat ini selama sembilan tahun, dan saya teruja untuk meneruskan kerjasama ini untuk tempoh dua tahun lagi.

Toto Wolff, Prinsipal pasukan Mercedes menambah, "tiada pemandu yang lebih hebat untuk kami bawakan dalam pasukan ini selain daripada Lewis.

"Pencapaian beliau dalam sukan F1 ini menunjukkan segalanya, dan dengan pengalaman yang telah dibina, beliau kini berada di puncak. Saya selalu berkata, selagi Lewis mempunyai semangat berlumba yang kuat, beliau boleh meneruskan (bersama dengan Mercedes) selama mana yang beliau mahukan.

Setakat ini, tiada sebarang informasi berhubung rakan sepasukan yang bakal berganding dengan Lewis Hamilton pada musim hadapan, sama ada masih lagi mengekalkan Valtteri Bottas atau menerima George Russell dari pasukan Williams.

Sumber: Formula 1