Lewis Hamilton: Perasaan kosong berlumba tanpa penonton!

oleh SALINA JALIL|
Lewis Hamilton berpendapat beraksi tanpa penonton akan menyebabkan 'perasaannya kosong' tetapi dia menerima langkah itu bagi memastikan saingan musim ini dapat dilangsungkan selepas ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.


Hamilton bersama dengan 19 lagi pesaing lain, ketika ini sedang menunggu lampu hijau daripada pengurusan Formula Satu (F1) untuk memulakan perlumbaan musim ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Grand Prix Austria bermula 3 hingga 5 Julai depan kemungkinan besar akan menjadi perlumbaan pembuka tirai musim ini meskipun ia dilangsungkan tanpa penonton selain melalui peraturan yang ketat bagi memastikan keselamatan mereka yang berada di paddock.

 

Hamilton mengakui berasa janggal beraksi tanpa kehadiran penyokong di tempat duduk penonton selain berasakan situasi itu lebih teruk berbanding ketika sesi ujian jentera.

 

"Ia membuatkan perasaan saya berasa kosong kerana peminat sentiasa menghidupkan suasana perlumbaan.

 

"Setiap negara di seluruh dunia yang kami kunjungi, lebih ramai penyokong, lebih hebat suasananya.

 

"Lebih menarik lagi apabila mendapat mesej daripada peminat di seluruh dunia bahawa mereka kecewa kerana tidak dapat menyaksikan acara sukan dan ia menunjukkan betapa sukan sangat dekat di hati semua orang.

 

"Ia menyatukan kita semua. Jadi saya tidak tahu bagaimana perasaan orang ramai apabila hanya dapat menyaksikan perlumbaan di televisyen tetapi ia sudah cukup baik berbanding tiada perlumbaan.

 

"Bagi kami, ia seperti sesi ujian jentera atau mungkin lebih teruk daripada itu kerana tiada yang hadir menyaksikan kami.

 

"Anda hanya dapat melihat tempat duduk kosong ketika beraksi," katanya.

 

 

sky.sport

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…
Berita Global
Kemalangan itu dipercayai berlaku di jalan terowong Penmaenbach yang terletak di Conwy, Wales di…
Berita Global
Biarpun bertukar pasukan, beliau tidak membatalkan tempahan untuk model edisi terhad Mercedes-AMG…