Lewis Hamilton menang GP British buat kali kelapan

oleh Mohamad Hanif|
Lewis Hamilton berjaya memenangi perlumbaan GP British buat kali kelapan meskipun dituduh sebagai berbahaya dan kurang sopan sehingga menyaksikan pendahulu perlumbaan Max Verstappen diheret keluar dalam pertembungan pusingan pertama persaingan.

Hamilton bagaimanapun membalas dakwaan itu selepas perlumbaan dengan mengatakan dia tidak melakukan sebarang 'unsur membuli'.

Dengan sokongan padu lebih daripada 140,000 penonton, Hamilton cuba memintas Verstappen di selekoh Copse di pusingan pertama saingan.

Verstappen enggan menyerah dan kedua-dua tayar jentera dipandu mereka bersentuhan dan Red Bul 'dihimpit' keluar daripada trek sehingga terkena penghadang keselamatan. Hamilton bagaimanapun meneruskan perlumbaan dengan rim tayar yang rosak.

"Syukur saya OK," tulis Verstappen dari hospital dalam satu hantaran di Twitter. "Sangat kecewa apabila dikeluarkan seperti ini."

Prinsipal pasukannya, Cristian Horner dalam pada itu berkata: "Saya harap Lewis sangat gembira dengannya. Ia satu kemenangan yang tidak bermakna.

"Copse adalah salah satu selekoh terpantas di dunia. (Bagi saya), itu adalah pemanduan yang kotor."

Hamilton yang memenangi GP British buat kali kelapan dalam kariernya begitupun mempersalahkan Verstappan yang dianggapnya agresif.

"Saya tidak fikir dia perlu menjadi agresif sebegitu," katanya. "Saya tidak akan menyerah kepada sesiapapun. Saya tidak akan membuli sekiranya ia kurang agresif. Kami memerlukan mata. Dia membuka ruang dan saya mencabarnya."

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
  Menurut laporan, langkah yang dibuat pasukan Ferrari itu bagi mengembalikan semula status mereka…
Berita Global
Juara dunia tujuh kali itu memberitahu Vanity Fair bahawa dia sangat ‘terdesak’ untuk mendapat…
Sukan Bermotor
Juara dunia tujuh kali itu menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 di Grand Prix Emilia Romagna,…